16 Dec 2025

Ke Makkah

 Alhamdulilah sabtu ni aku angkat berangkat dan menunaikan umrah bersama keluarga aku.. umur dah 32, tapi Allah panggil untuk pergi ke Makkah dalam keadaan kesakitan jiwa. Moga segala asbab dan cara begini dapat melupakan dan merawat hati aku yang tengah sakit.. 

in shaa Allah, dan aku berharap dan berdoa pada mu ya Allah, tahun 2026 moga yang baik baik sahaja untuk aku ya .

Aku akan berangkat 21 hingga 1 January 2026. Hheh. Moga dipemudahkan Allah

16 Nov 2025

Open letter to Muhammad Farhan bin Aziz

 Hari ni aku ada surprise dari EX…

Dia reveal his GF and girl. Aku rasa lah tu anak GF dia , siap post dalam whatsapp story with song Mariah Carey My all..

Aku tak sure dia post purposely or dia nak orang tahu kot dia dah cerai n with someone new. Aku tahu pun dari nephew.. sebab nephew je boleh tengok.. hahaha

At first aku down, aku nangis, start depress, now aku doa apa yang kau buat blakang aku sejak kita berkahwin sehingga hari ni  pada hari ni juga ,tiada lagi kata maaf dari kau dan mak ayah kau… so aku tak akan skip doa aku dari Allah makbulkan doa teraniaya hati aku ni kepada Muhammad Farhan bin Aziz.

Aku doakan kau sehingga keturunan kau hancur, sehingga pada ketika itu di padang mahsyar kau masih tak dapat cari aku.. tidak akan hati aku memaafkan kau.

Semoga kau berbahagia tanpa ketenangan dalam diri kau selamanya Muhammad Farhan bin Aziz.

15 Nov 2025

Young n beautiful

 Bila dengar lagu ni.. aku down sikit la sebab apa pun taktahu hahah…

Betul lah tu, bila aku tak lagi muda dan makin berusia, kau cari yang lain, tak akan rasa sayang cinta pada yang sama… mana janji janji kau dulu yang kata nak bahagiakan aku.. yela, rebound kan , mana nak kekalkan…

Aku rindu dia hari-hari tetapi rasa nak sayang tu takkkan dah, jauh sekali… mimpi masih ada hari2 dia masuk dalam mimpi aku, tapi nak kata rindu dia, tak pun…cuma mungkin rindu pada kenangan, kenangan lama tu.. kenangan yang dah kekal, kenangan yang nak matikan bersama, kenangan yang akan permanent, dah tune otak yang kita akan bersama selamanya… tetapi itu la, jauh lagi untuk lupakan dia… rindu pada kenangan yang manis, walaupun dia tidak la lakukan tanggungjawab tu, tetapi pada ketika la, dia lah bernama suami.. 

suami yang membawa aku ke syurga, syurga aku pada dia walaaupun layanan dan tanggungjawab tu takda, tetapi rehda dari Allah yang aku mahukan… Allah yang tentukan kebaikkan aku tu masuk syurga atau neraka. 

Susah jadi isteri ni, patuh pada suami.. masak , melayan tetapi suami tak melayan kita dengan baik, kita pula difikir derhaka…sedangkan mata dia dah tertutup dengan dosa dia lakukan sendiri.

Takpalah, aku tidak mahu fikirkan lagi , cuma masih terkesan dengan emosi yang entah dimana salah aku… aku tak tahu kenapa Allah tentukan nasib aku macam ni… adakah untuk memudahkan urusan aku ke syurga Dia? Sehingga sekarang aku taktahu apa aku buat sehingga aku jadi isteri ditinggalkan tanpa sebab …atau dia tinggalkan aku dalam keadaan terseksa.

Demi Allah, hati aku dah rehda tetapi cuma aku kecewa… kecewa dengan apa yang berlaku tanpa sebab.. bila aku nak cerita dengan orang atau luahkan pada media social, di katakan meminta simpati…hanya pada Allah dan menulis je dapat aku luahkan…

Aku memang dah tenang cuma entah la, teringat masa lampau tu… bila aku rindu, aku akan buka text dia dari May 2025 sehingga sekarang…bertapa aku usaha untuk pulihkan keadaan…tetapi kecewa tu buat aku dah st0p dan perlu lupakan dia,, ingat apa kejahatan dia buat dekat aku…

Recently bila aku down, air mata aku laju keluar walaupun tidak perlu dipaksa pun… sedihkan bila ditinggalkan tanpa nokhtah….

28 Oct 2025

Good feedbacks - PPUM KL

 Hari ni nak cerita pasal pengalaman bertahun-tahun jaga mak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)… rasanya semua tahu kan hospital ni semi kerajaan and swasta.

Sekarang jam menunjuk kan 10:44 PM.. baru sampai rumah setelah ulang alik jaga Mak di hospital.. ikutkan jumaat lepas 24/10/2025 nak balik kampung.. kebetulan memang time tu nak WFH. Abang ambil di Puchong and nak ambil mak di Keramat sebab mak 23/10/2025 ada appointment ultrasound dah di PPUM.. so nak bawa mak ke kampung sekali la kan…then mak ada lagi appointment 30/10/2025 ni…

Masa ambil mak di rumah kakak, mak cakap mak takda selera makan dan tidur je sepanjang hari tu… masa nak bawa mak ke kereta..mak cirit birits dalam pampers (nasib baik) hehe..abang cakap ni tak boleh jadi ni, so bawa la mak ke PPUM terus untuk emergency…

Anyway, mak memang ada blood cancer, end stage tapi no chemo.just transfusion darah je… then doc bagitahu mak kena warded sebab dehydrated.. selepas 13/10/2025 mak transfusion darah 2 pints and mak kurang minum air…tu sebab mak lemah… so sekarang dah 5 hari 4 malam mak warded.

Sekarang SOP PPUM, tak boleh ada penjaga untuk jaga malam… datang time visits je.. doctor bagitahu ke aku, jangan risau la sebab sekarang PPUM dah ramai manpower… okay so just datang pagi around 8 am then balik jam 7:30 pm… lepak je dengan mak dalam ward tu sebab teman borak and nak pantau apa doctor kata kan… mak bosan sebab handphone takda charger, tv bilik takda, sharing room w aunty indian… tapi alhamdulilah apa yang dari segi pengalaman aku jaga mak ni, aku bersyukur mak monitor under PPUM…sebab nurse and doc situ semua superbbb… 

Mak pakai pampers kan, so dia suruh mak berak je dalam pampers tu, then nanti dia ada orang cuci kan… then semalam mak cerita, mak lapar nasi tengah malam jam 11 macam tu… sebelum tu dah suap nasi and ada beli biskut… tapi sebabkan lapar nasi kan….mak aku cakap ke nurse , nak nasi sikit boleh tak… nurse tu kata boleh2… mak ingat dia nak beli rupanya diorang masak eh…ada dekat pantry tu, ada macam portable kuali kot..so masak nasi goreng cili 2 biji mak kata n nugget 2 biji… ya ALLAH…terima kasih sesangat bagi mak saya makan…

Terbaik layanan PPUM….mak dah bertahun2 dengan PPUM, so no complain.. kudos tu team Menara Utama, Level 11.. <3

Aku cakap ke mak, nasib baik orang tak jadi nurse…sebab orang ni tak menyabar… darah mat kilau cepat naik…mau patient bertambah sakit nanti…hahahah

Thanks PPUM for the good improvement, facilities, team and all la…muah !!

K nak tidur , penat …. After 7 years tak naik train eh.. hahaha dari station Universiti to Putra Height and exchange to Puchong Prima… LOVESSS 


Zzzz

Blowing In The Wind Pink And Green Flower