24 Jan 2026

Madinah, 26 December - 1 January 2026





Kota Madinah, surrounding dengan burung merpati.. masha Allah.. sangat tenang, ramai tapi tetap ada ketenangan itu..


Berdasarkan hadis sahih, doa yang dipanjatkan oleh Nabi ﷺ adalah:
اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ، اللَّهُمَّ صَحِّحْهَا، وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا، وَانْقُلْ حُمَّاهَا فَاجْعَلْهُ بِالْجُحْفَةِ
“Ya Allah, jadikanlah kami mencintai Madinah sebagaimana kami mencintai Mekah, atau lebih daripada itu. Ya Allah, jadikanlah Madinah sebagai tempat yang sihat, berkatilah sukatan Sa' dan Mudnya, dan alihkanlah penyakit demamnya ke Al-Juhfah.” (HR Bukhari, 3926). 

Ya Allah, kembalikan lagi aku ke sana ya, tetapi kali ni dengan kesakitan dan beri kekuatan untuk aku ya..

Kami bergerak dari Makkah ke Madinah naik train lajuu hehe… 8 jam kalau naik bus, tapi if naik train dalam 2 jam je dah sampai…alhamdulilah… memang patut orang kata bagus naik bus ,tapi if ada duit lebih, lebih baik kita kurangkan masa tu dan naik train…sebab ada group kami ni, dia naik bus 1 family…mak dia kena admitted di Madinah selepas sampai, sebab penat dan tak cukup rehat. Dengan keadaan yang sejuk beku. Kalau ada duit, please la naik train bawa mak ayah..agar kurangkan sikit tenaga diorang guna..yela sebab diorang dah spent tenaga masa buat umrah… tak salah kan… Allah tahu niat kita… 

Thanks abangku belanja naik train, business seat..syukur selesa… sampai je di Madinah, kita naik bus dalam 20 mins ke hotel Grand Plaza… masha Allah..siapa tahu Grand Plaza hotel tu memang hahahahah… hotel tu bawah dia shopping mall, ada underground mall.tapi masuk situ kena bawa teman dan kalau boleh lelaki juga la sebab masa aku di bawah tu, berkerumung penjual lelaki. Malaysia Malaysia, ada juga yang tarik kain aku suruh singgah kedai dia…aihhh ni melebih…

Tapi kalau bab shopping ni, baju yang lawa better Makkah la… haahah okay so cerita pasal beribadat pula…keesokkan pagi tu, aku tak ke masjid sebab aku taktahu kan pintu mana kena masuk…dan mutawif explain sana situ ini itu..alhamdulilah lepas tu aku dah berani pergi sendiri ke masjid…tenang weh… kakak2 aku dah start period..so aku syok tenang lepas subuh, dan ke masjid lagi waktu zuhur…

Cuma aku terkilan sebab aku tak masuk Rawdah…nusuk apps tu aku dah apply 3 minggu awal before pergi kota suci Makkah… entah la..dan 2 hari before aku nak balik tu baru jemaah lain ajar guna Tawakalnaa apps… jadikan cerita memang takda peluang tu…yang lain dapat..aku n kakchu je tak dapat.. hari before kita nak balik tu , aku dari gate 37 Rawdah tu terus ke gate 32 sebelah rawdah…nangis nangis sebab tak dapat masuk… tapi lepas tu,balik je hotell.. rupanya aku period..so aku macam ohhh , tenangkan diri..ini mungkin..ambil side positive jeee.. 

tapi best sangat Madinah, visit macam2 tempat Nabi kita… masjid Quba, Qiblatin, Jabal Uhud.. alhamdulilah.

Besttttt,, loveee … 






No comments:

Post a Comment

Blowing In The Wind Pink And Green Flower