28 Oct 2025

Good feedbacks - PPUM KL

 Hari ni nak cerita pasal pengalaman bertahun-tahun jaga mak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)… rasanya semua tahu kan hospital ni semi kerajaan and swasta.

Sekarang jam menunjuk kan 10:44 PM.. baru sampai rumah setelah ulang alik jaga Mak di hospital.. ikutkan jumaat lepas 24/10/2025 nak balik kampung.. kebetulan memang time tu nak WFH. Abang ambil di Puchong and nak ambil mak di Keramat sebab mak 23/10/2025 ada appointment ultrasound dah di PPUM.. so nak bawa mak ke kampung sekali la kan…then mak ada lagi appointment 30/10/2025 ni…

Masa ambil mak di rumah kakak, mak cakap mak takda selera makan dan tidur je sepanjang hari tu… masa nak bawa mak ke kereta..mak cirit birits dalam pampers (nasib baik) hehe..abang cakap ni tak boleh jadi ni, so bawa la mak ke PPUM terus untuk emergency…

Anyway, mak memang ada blood cancer, end stage tapi no chemo.just transfusion darah je… then doc bagitahu mak kena warded sebab dehydrated.. selepas 13/10/2025 mak transfusion darah 2 pints and mak kurang minum air…tu sebab mak lemah… so sekarang dah 5 hari 4 malam mak warded.

Sekarang SOP PPUM, tak boleh ada penjaga untuk jaga malam… datang time visits je.. doctor bagitahu ke aku, jangan risau la sebab sekarang PPUM dah ramai manpower… okay so just datang pagi around 8 am then balik jam 7:30 pm… lepak je dengan mak dalam ward tu sebab teman borak and nak pantau apa doctor kata kan… mak bosan sebab handphone takda charger, tv bilik takda, sharing room w aunty indian… tapi alhamdulilah apa yang dari segi pengalaman aku jaga mak ni, aku bersyukur mak monitor under PPUM…sebab nurse and doc situ semua superbbb… 

Mak pakai pampers kan, so dia suruh mak berak je dalam pampers tu, then nanti dia ada orang cuci kan… then semalam mak cerita, mak lapar nasi tengah malam jam 11 macam tu… sebelum tu dah suap nasi and ada beli biskut… tapi sebabkan lapar nasi kan….mak aku cakap ke nurse , nak nasi sikit boleh tak… nurse tu kata boleh2… mak ingat dia nak beli rupanya diorang masak eh…ada dekat pantry tu, ada macam portable kuali kot..so masak nasi goreng cili 2 biji mak kata n nugget 2 biji… ya ALLAH…terima kasih sesangat bagi mak saya makan…

Terbaik layanan PPUM….mak dah bertahun2 dengan PPUM, so no complain.. kudos tu team Menara Utama, Level 11.. <3

Aku cakap ke mak, nasib baik orang tak jadi nurse…sebab orang ni tak menyabar… darah mat kilau cepat naik…mau patient bertambah sakit nanti…hahahah

Thanks PPUM for the good improvement, facilities, team and all la…muah !!

K nak tidur , penat …. After 7 years tak naik train eh.. hahaha dari station Universiti to Putra Height and exchange to Puchong Prima… LOVESSS 


Zzzz

22 Oct 2025

DISAPPEAR

  

My life now much better. Dah okay sikit , dah boleh lupa masalah tapi tidak pada memaafkan.. lebih tenang sebab jauh dari sisi lain.. alhamdulilah syukur apa Allah aturkan kehidupan aku sebelum itu ada sebab…

Sekarang aku kena kuat lebih lebih lagi aku sorang… nak kena align n build up semula… in shaa Allah aku okay… perempuan kuat kan, mana boleh mengalah… 

Hari Khamis lepas, mak jantan tu call, tak sure la dia nak apa … mengelabah, taknak la aku angkat…takda makna , dah terlambat kalau nak cakap something dengan aku…benda takkan kembali lagi

Okay not her story, ni story aku. 

Just happy apa aku buat, kerja , ulang alik penat, routine aku macam biasa je macam sama di JB… alhamdulilah. Cuma bila sakit demam tu, kena jaga diri sendiri je la,,tak da yang ingatkan makan ubat dah…hahaha it’s okay…aku ramai family n bestie.

Cuma kekadang rindu, bila rindu cepat2 akan fikirkan apa yang dia buat n tinggal tanpa bertali… ingat apa dia buat dekat aku tu sangat menyeksa kan…ok la.. mlas nak fikir , just rasa nak cakap now my life is getting better day by day… free and wild… tapi wild tak la… even dah tukar status, kelakuan n maruah tetap kena jaga… apa aku buat, aku ingat dan berbaliik pada Allah… Allah je ada pada ketika aku benar2 jatuh n menangis tiap masa… Allahu sakittt.. 

IM DOING GREAT. GOOD JOB SYA


Blowing In The Wind Pink And Green Flower