28 Oct 2025

Good feedbacks - PPUM KL

 Hari ni nak cerita pasal pengalaman bertahun-tahun jaga mak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)… rasanya semua tahu kan hospital ni semi kerajaan and swasta.

Sekarang jam menunjuk kan 10:44 PM.. baru sampai rumah setelah ulang alik jaga Mak di hospital.. ikutkan jumaat lepas 24/10/2025 nak balik kampung.. kebetulan memang time tu nak WFH. Abang ambil di Puchong and nak ambil mak di Keramat sebab mak 23/10/2025 ada appointment ultrasound dah di PPUM.. so nak bawa mak ke kampung sekali la kan…then mak ada lagi appointment 30/10/2025 ni…

Masa ambil mak di rumah kakak, mak cakap mak takda selera makan dan tidur je sepanjang hari tu… masa nak bawa mak ke kereta..mak cirit birits dalam pampers (nasib baik) hehe..abang cakap ni tak boleh jadi ni, so bawa la mak ke PPUM terus untuk emergency…

Anyway, mak memang ada blood cancer, end stage tapi no chemo.just transfusion darah je… then doc bagitahu mak kena warded sebab dehydrated.. selepas 13/10/2025 mak transfusion darah 2 pints and mak kurang minum air…tu sebab mak lemah… so sekarang dah 5 hari 4 malam mak warded.

Sekarang SOP PPUM, tak boleh ada penjaga untuk jaga malam… datang time visits je.. doctor bagitahu ke aku, jangan risau la sebab sekarang PPUM dah ramai manpower… okay so just datang pagi around 8 am then balik jam 7:30 pm… lepak je dengan mak dalam ward tu sebab teman borak and nak pantau apa doctor kata kan… mak bosan sebab handphone takda charger, tv bilik takda, sharing room w aunty indian… tapi alhamdulilah apa yang dari segi pengalaman aku jaga mak ni, aku bersyukur mak monitor under PPUM…sebab nurse and doc situ semua superbbb… 

Mak pakai pampers kan, so dia suruh mak berak je dalam pampers tu, then nanti dia ada orang cuci kan… then semalam mak cerita, mak lapar nasi tengah malam jam 11 macam tu… sebelum tu dah suap nasi and ada beli biskut… tapi sebabkan lapar nasi kan….mak aku cakap ke nurse , nak nasi sikit boleh tak… nurse tu kata boleh2… mak ingat dia nak beli rupanya diorang masak eh…ada dekat pantry tu, ada macam portable kuali kot..so masak nasi goreng cili 2 biji mak kata n nugget 2 biji… ya ALLAH…terima kasih sesangat bagi mak saya makan…

Terbaik layanan PPUM….mak dah bertahun2 dengan PPUM, so no complain.. kudos tu team Menara Utama, Level 11.. <3

Aku cakap ke mak, nasib baik orang tak jadi nurse…sebab orang ni tak menyabar… darah mat kilau cepat naik…mau patient bertambah sakit nanti…hahahah

Thanks PPUM for the good improvement, facilities, team and all la…muah !!

K nak tidur , penat …. After 7 years tak naik train eh.. hahaha dari station Universiti to Putra Height and exchange to Puchong Prima… LOVESSS 


Zzzz

No comments:

Post a Comment

Blowing In The Wind Pink And Green Flower