10 Apr 2015

II - elife Treatment yang menipu serupa bangang

sambungan...

fyi, tajuk aku memang kasar. sebab aku benci diperbodohkan

pada malam yang aku nak balik tu pula. malam tu bukan Ros hantar. yang aku bengang dan sakit hatinya. kawan Ros yang hantar aku balik, aku tak kenal pun weh. kawan yang tak 2 3 jam mahupun sejam pun aku kenal . terus minta kawan laki dan perempuan tu hantar aku. Dari Hartamas ke Bangsar. dan tak ada apa-apa jadi pada aku . cuma you knowlah, pandai ambil pandai hantar balik. aku ni perempuan. and please respect

aku taknak publish kan gambar korang sekarang. mungkin next post.

balik pada janji Ros suruh aku teman dan join Bowling tu, khamis malam aku pergi lah. sampai awal dan tension kata start jam 8malam. padahal 9 10 malam mula. dan pada haritu aku pergi dengan kawan aku. aku suruh kawan aku hantar. sebab aku taknak perkara yang sama berulang.

aku ambil dalam jam 10 kot mula event tu. dan aku ingatkan dah mula jam 10 tu main. padahalkan , siap ada DANCE ! baruaaaa korang ni. Dance siot. korang ingat Salsa Dance? HAHA. aku rasa lebih teruk dari salsa. aku ni mana pandai menari weh. aku perati je perangai malaun-malaun tu semua. aku siap rakam. aku rakam pun nak tahu sebab apa ? sebab sebagai bukti yang dioarang ni memang hipokrit. yang tudung labuh, yang baju bawah dari punggung. yang comel. nampak sopan. tapi astagfirulahadazim. beria !bowling je kot ni  ! ini konon warm up ah. ohya ! Tournament Bowling ni buat di Nu central.

aku tak sangka yang aku boleh pergi tempat macam ni. sakit mata aku.sakit hati aku. lagi diorang tanya aku, tak menari ke? marilah kita menari sikit. ahh layan ah korang ! macam ni selama ni agaknya Ros kau dengan malaun kau buat event ni? hmm.
lepas selesai  3 buah lagu. baru nak mula  game. hmm. time tu aku tengok terkinja-kinja badut-badut Komuniti ni. terjerit terpekik.

memang kemain apa lagi aku ambil gambar diorang masing-masing. tunjuk bukti. boleh jadi viral ni. langkah selamatkan. HAHAHa. lepas tu aku duk perati Ijat pendek tu. tanya aku. isya ok? isya ok? ok pak hang ! nate ah.  buang masa. serius aku cakap . bukan aku sorang je yang blur. ramai yang mangsa sama dengan aku. diorang pun duk jawab , bowling apa ni siap ada dance dan terkinja tergedik. Allah.

majoriti ni semua bertudung. semua muka yang kena paksa. ahh shit. dan bowling habis. aku nak balik dah. nak keluar pintu bowling tu. pastu Ros bawa aku jumpa KAK CHA(ibu malaun) hahahah
dan aku dah agak dah ini mesti ada nak tiaww aku ni. Ibu malaun tu cakap lah. macam-mcam lah. suruh aku jadi agent lah. invoice ini lah. itu lah. puji Ros macam-macam lah. dan aku rasa Ros ni mangsa juga. cuma mangsa yang rela berkorban ikut buntut ibu malaun. sebab aku dapat tau dari kawan aku juga sampai nak pinjam dari kawan aku 12k untuk beli eLife treatment tu. ahahah

kau fikir senang? korang belajar senang kata nak pinjam duit yang dah berkerja. dah graduate. belum tentu berkerja.so macam mana korang nak cover hutang orang ? fikir jangan guna bibir.
so lepas ni. sorrylah. aku taknak ikut dajjal ajakan korang ok?

tyou Ros sebab kau bawa aku dan buka mata aku tentang kehidupan tamak dan menipu. at least aku kena dan berjaga-jaga. kawan tak kawan. lawan tetap lawan.
tak puas hati mai kita borak dan bincang, jangan cakap belakang serupa gampang ?!

sincerely,
your schoolmate

chauu !

4 Apr 2015

eLife treatment penipu yang bangang

Assalamualaikum sekalian dan salam sejahtera semua

Sebelum panjang kemakian hamun aku. korang tahu apa maksud MLM? mari aku cerita sikit. MLM ni ialah Multi Level Marketing. dalam bahasa melayu bermaksud pemasaran secara berperingkat atau boleh di kategorikan sebagai perniagaan.

actually benda ni dah lama. cuma aku malas lagi nak menaip.sebab cerita pendek.dan sekarang cerita dah boleh jadi panjang.

ini nak bercerita mengenai kawan yang cerdik dari pandangan bodoh di dalam. Aku bukan nak hancurkan atau musnahkan orang punya business tapi ini  business yang kategori bodoh nak mampus ! business cepat kaya dengan menipu orang.  sedap betul aku kena tipu tapi mujur sikit. kalau banyak , memang aku sumbat kau dalam mangkuk tandas. sikit ke banyak pun tetap duit ! aku ni muka asyik kena tipu je . senang betul diorang ni mainkan aku ya.

bermula kronologi ,

aku tengah syok dengar lagu dalam hp, dan tiba-tiba masuk FB messenger. dari kawan aku ROS. Dia ni kawan sekolah aku dari form 1 sehinggalah form 5. Dia text aku sebab dia nak number aku. and so, aku bagi number aku pada 6 Mac (jumaat) . aku whatsapp dengan dia. dan dia buka topik tentang kesihatan mak aku macam mana. so aku jawab la apa dia tanya bagai. biasa lah orang caringkan.
aku habis spm 2010 dan sekarang 2015 baru contact. ohya, masa tu aku dah sedikit pelik dan tetap macam biasa la.. 5 tahun berkawan sama sekolah dan 5 tahun barulah contact. padahal FB dah lama kita connect each other. tapi cuma tak berapa nak friendly lah macam dulu. alah benda ni normal lah kan. lepas tu aku ajak dia jumpa pada 8Mac (ahad). niat aku nak ajak lepak, jumpa kawan lama. tak seronok kalau kita sembang dalam hp je. dan ahad tu dia kata dia tak jadi. ada kerja katanya. so ok lah kan.

10mac (selasa) tu dia text aku. tanya aku ada mana. dan dia ajak aku keluar malam tu. ok, aku dah macam excited dia kata nak jumpa aku. pastu tiba dia text kata nak ajak pergi treatment. hmm. treatment ? wth. dia kata treatment kesihatan. HAHA. dalam hati memang sebenarnya gelak besar. jadah dia. tapi niat dia aku puji lah. sebab treatment ni dia suruh aku cuba. dan boleh bawa mak aku ke situ. dan treatment kesihatan tu dekat Jalan Sultan Ismail. aku tanya dia. treatment tu ada guna herba ke apa kan. so dalam fikiran aku ni , oh ni mesti macam treatment ala-ala spa. ada herba. urut-urut kaki tangan. perhh heaven weh ! then, treatment ni mak dia dah cuba. so alhamdulilah so far baguslah. so ok. aku baca je lah text dia. barangkali aku tak percaya pun. aku cakap malam tu tak boleh. dan kita pergi hari khamis lah. dia kata khamis ada tournament bowling di Nu Central. dia ajak aku teman. aku pun excited juga lah. sebab dah lama tak chilling tengok bowling tu.

dan tiba rabu tu. 11mac. dia tanya aku free ke tidak pada hari tu. dia nak ajak pergi treatment. ok lah. aku pun bersetuju untuk pergi treatment ikut dia. dan lebih mulianya , dia kata nak ambil aku. weh ! baik gila dia nak ambil aku. dia yang kata nak ambil. so aku ok je lah kan. dan aku pelik juga lah sebab dia memang macam semangat betul. siap lagi datang awal. dia datang rumah aku 6:30 petang. tapi aku kata memang aku tak boleh time tu awal. so aku siap dan tunggu habis maghrib baru aku turun jumpa dia. dia dan aku kemain excited jumpa. yelah. kawan dari tingkatan 1. siap aku peluk dia salam. aku tengok dia dengan kawan lelaki dia. kereta kancil merah. dan siapa yang senasib dengan aku ni. memang mungkin akan kenal siapa jantan pendek ni. nama dia IJAT. so Ros ni dengan Ijat lah. dalam kereta tu kitaorang berborak lah kan. dan aku pandang ke kanan. siap ada berhanger lagi suit dia. perhh aku dah terdetik gila. syak bukan-bukan. dan aku tanya Ros mengenai treatment ni berapa. 'takpa, ros belanja'. perghh gila baik belanja aku. hihi. dalam hati comfirm satgi aku kena perangkap. dan sampai satu tempat ni.

Ijat drop kitaorang depan pintu besar, aku lupa apa nama tempat tu. macam mall. entah. sampai je tempat tu. aku terus whatsapp kawan rapat aku location tempat aku sekarang. aku risau terjadi apa-apa.baik aku buat sebelum terjadi macam-macam. kedai dalam tu dah banyak tutup. dan aku turun saja escalator. perghh  gila ramai . ramai apa kau tau., ramai yang pakai blazer. hahaha. gilaa aku memang gila. sah ! aku dah kena perangkap.dan aku buat rilex aku lah. aku nak tengok dulu treatment jadah dia. dan aku masuk, Ros kenal kan aku dengan kekawan dia. dan aku ok je lah. kenal-kenal bagai. dan Ros bagi aku borang. suruh aku isi, aku ni nak taknak je tulis. kot borang agreement .mampus aku. tepat 8:30 malam. Ros bawa kau bilik ni. katanya bilik ni mencecah binaan dengan 3 juta. hahaha. cari tempat. dan aku duduk. ramai lah dalam bilik ni. so aku duduk. dan tempat yang aku duduk ni adalah treatment dia.

ini bilik dia

nama product ni : Elife

dalam tu hampir sejam lebih. aku dah penat gila masa tu. dia ada bekal kan air mineral. aku tak minum pun sebab aku risau kena jampi atau pitam pula karang. habis aku kena jual, imagine aku kuat. aku duduk situ dah macam orang bodoh tau, menghadap benda yang takda kesan apa-apa pada aku. aku hampir terlelap dengar atuk cina tua depan tu bercerita mengenai product entah apa-apa ni. habis je treatment ni. dah boleh bersurai. dan aku dah boleh celik mata sedikit lepas dorang kata dah boleh balik. masa habis tu dalam jam 9:45 malam kot. aku tak sabar nak balik nak menghadap mimpi. pastu nak keluar tu. Ros bawa aku pergi satu bilik ni lagi. ah amenda ni weh ! aku nak balik. dan aku dah mula nak marah. tapi aku rilex lagi. aku bukan nak cakap lah. aku tengok diorang ni semua bukan bagus sangat pun. pakaian pun serabai. makeup pun lari . haa kena kau. cakap pun dah tahu gaya seorang yang penipu. ada hati nak psycho aku. jangan harap. tak akan termakan.

dan aku pun masuk. siap diorang ni buat kerusi secara bulatan. peghh apa benda ni. aku kena duduk situ.dan siapa yang first time. duduk situ. aku duduk lah dengan mangsa-mangsa yang sama kena dengan aku. semua muka yang jenis kena kencing dengan malaun-malaun ni semua. tujuan diorang buat macam ni sebab nak tanya apa yang aku rasa masa treatment tadi, dengar dari dioarang yang lain. diaorang kata sakit ni lah. sakit tu lah. HAHA. dan mungkin aku tak salahkan product tu. dan mungkin product tu ada bagusnya. cuma yang dioarang ni melampau menyalahgunakan product tu sebagai hasil penipuan diaorangkan. hampir sejam aku duduk dalam tu. dah macam orang bangang. aku serius mulut ni tak henti sumpah seranah. aku nak tumbuk je muka emcee dua orang tu. banyak cakap. dan bajet je dengan lagak mulut ketepi-ketepi. aihh . yang aku menyampah tu, pembawa macam Ros ni semua terhegeh-hegeh sama cakap apa yang emcee tu cakap. yes yes , apa jadah. macam bebudak. aku duduk dalam U. takda aktiviti kebudak-budakan macam ni. nahh sebijik aku kena bertubi. bukan melayu je ni. ni kena kencing cina india international pun ada. haha. adohh.

dan malam tu habis dalam jam 11:00 malam juga lah. dan Ros kata ada makan-makan sikit, oh bagus lah. memang time tu aku tengah lapar pun. jadi lapar lepas kena kencing dengan ungka-ungka tu semua. dan aku ingat makan dekat situ ada bungkus mee atau bihun ke apa. rupanya diorang bawa aku ke kedai mamak. hmm. mamak ni dah lah aku tak berapa nak selera satu. dan satu lagi masa aku dah banyak terbuang. dan perut lapar makin lapar. Ijat tu bawa pergii kedai mamak dekat hartamas sana. natang. kena lagi aku. lagipun aku menumpang. so aku ikut je lah. sampai je kedai mamak, aku perati. ramai geng-geng malaun tadi makan dekat situ. dan aku buat tafsiran. mungkin sini tempat dorang buat onar. senang untuk diorang jalan misi diorang. Ros kenalkan aku dengan kawan dia satu persatu. ajiem lah. anip lah. kikin lah. apa lah. ramai ah. berpusu-pusu datang dekat aku. SEMAK kau tau tak ? siap aku order, aku makan dengan Ros je. tiba-tiba datang IBU malaun. hmm. nama Ibu Malau ni namanya KAK CHA.

aku lupa nak rakam apa dia cakap. dan aku lupa soalan dan borak antara dia dengan kau. time tu mula lah sedikit air kencing Ibu Malaun merecik atas muka aku. hmm. machine gun dia punya cakap. dan dia kenalkan aku dengan product tu. haha. memang aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri. masa tu juga dia psycho aku.dan aku hentam psycho aku. tapi dia punya dialog kemas, putar belit dia bukan main. hahah. dan dia cerita pasal insuran alliance akan cover aku punya kesihatan sebanyak 3 juta. kalau aku masih guna treatment ni. bapak malaun dia weh nak kencing aku lagi. dan aku pun ok kan je. tiba aku sedup air sirap aku nak bagi habis, Ros keluarkan dalam beg Ibu Malaun tu borang. borang tu dalam 3 helai kot. aku dah mula whatsapp kawan aku. aku cakap yang aku memang kena kencing dengan MLM gila ni. tapi aku katakan ni bukan MLM biasa-biasa. ini dia pandai. dia kait rapatkan dengan product. wahuallam.

dan aku baca baca dan aku baca apa yang terkandung. dan aku didesak oleh Ibu Malaun dengan pengikut dajjal dia dengan Ros suruh tulis. dan aku dengan banggang nya. aku tulis borang tu, dan aku telah menandatangani agreement tersebut. haa perghh. siap aku tandatangan. dia terus ambil. selak dan kot kot ada terciciran aku tulis kan. atau fake identity mungkin. paling aku tak dapat terimanya ialah, sikap biadap psycho dia terhadap aku makin meningkat. tiba-tiba Ros dengan Ibu malaun tu minta aku duit ! dia brainwash kepala otak aku ni umpama aku macam bodoh sangat. ahahhaha. jadah dia. dia minta aku dalam rm280 atau rm250  aku lupa, itu untuk 13 kali treatment kot. oh aku memang lupa dia kata apa. dan yang pasti. dia nak duit tu sekarang. dan sekarang juga dia nak. perhhh aku dah pandang Ros . memang aku gaya nak makan. dan Ros boleh pandang aku tanpa ada sedikit rasa kasih macam masa dulu-dulu kitaorang berkawan, how shame .
bodohkan kawans sebab benda macam ni. dia minta duit pada aku segera. dan aku memang tak lah nak kata aku ada duit. aku kata duit aku dalam ATM. tak keluar pun lagi. yang paling biadapnya kan dia suruh aku keluar duit tu dalam ATM. siap Ibu Malaun tu suruh Ros temankan aku keluarkan duit dekat belakang kedai mamak ni, desakan dia macam desakan along minta hutang. aku ada je duit dalam purse . aku taknak lah duit aku habis benda bodoh ni weh. kau ingat aku ni bodoh macam kau ke? dan aku buat degil aku. aku kata aku nak balik. dia brainwash aku lagi tahu. kata ini lah itu lah. dan akhirnya Ros tewas. dan kata

"takpalah Aisyah, awak bayar rm50 dulu"

Rm50 ? hmm Ros Ros. senangnya awak ni. takda perasaan sungguh. terlalu taksub dengan benda haram ni. aku relakan pemergian rm50 aku. aku bagi sebab aku taknak dengar lagi desakan diorang yang boleh menikam kepala otak aku untuk tikam dengan garpu tu. mujur tahap tangan aku masih bernas untuk kawal. katanya Rm50 tu untuk 3kali treatment dan ia adalah sebagai book untuk ke next price. ha see? benda ni ada kaitan. dan nampak sangat benda ni adalah MLM bangang tu.

setelah aku buat research mengenai One Community Worldwide ni. dan Elife treatment penipu , dan ramai rupanya sebelum aku ni kena kencing dan situasi yang sama apa yang mereka lalui macam aku lalui. yang aku tak sanggupnya. dorang lagi habis beribu-ribu kena tipu. alahai akak akak. jangan cepat percaya walaupun kawan. lepas ni kita kena berhati-hati ok. dan aku nak ucap SYABAS untuk Ros dan Geng Malaun dia. kita jumpa dalam mahkamah Allah suatu masa nanti.

bertaubat sebelum terlambat. kalau nak kaya cepat.bukan cara menipu orang lain.

bukti banyak aku ada. nanti next update aku letak. in shaa Allah. panjang lagi aku nak cerita.. kau tunggu je lah .

assalamualaikum


eLife Website




22 Mar 2015

secangkir coffee , JOM !

assalamualaikum sekalian dan salam sejahtera


you can't buy the happiness but you can buy coffee and that's pretty close 


sudah lama tak update blog waktu petang hari. so hari ni weekend, kita duduk rumah saja. Hari ni bukan nak cerita pasal Bas atau Sekolah atau Volvo. haa tapi hari ni nak berkongsi minat yang aku suka. minat yang mungkin orang pun suka, dan ini aku nak cerita mengenai secangkir kopi . tuddiaaa

dah lama kiranya nak update cuma malas je tangan ni nak menaip. bila dah dapat menaip sedaplah jari ni. tak tengok keyboard pun sedap. yelah ! masa Uni dulu dah belajar teknik menaip dengan betul. k dah dah. melalut ke laut.

aku memang obses sangat dengan coffee. Dari aku zaman sekolah sehingga zaman Uni memang aku akan cari coffee dulu sebelum balik ke rumah dan hostel. aku obses tapi aku tahu coffee ni memang ada side-effect bila ambil berlebihan dalam sehari. jangan ambil coffee dalam 500-600 mg sehari ok !
sebab akan menyebabkan korang insomnia terlebih (ehem !) nervousness , stomach upset, muscle tremors, and restlessness . so jaga bebaik ok

nak boleh tapi jangan terlalu heavy caffeine . kalau aku obses. dalam sehari 2 3 cup of coffee aku ambil. sekarang ni kurang dah la KOT. sebab caffeine kan. HAHHA ! asyik kena perli je dengan jebonista

korang nak tahu jenis-jenis coffee yang patut korang ambil dan rasa. jangan korang pergi kafe minta coffee entah apa-apa pastu buat korang menyesal seumur hidup. nahhh !


aku ni hanya minat Mocha, Cappuccino, Latte and Flat White. yang tu mesti cuba. dan jenis korang suka heavy caffeine. Should try Espresso, kalau nak double or triple Espresso. ada Doppio dan satu lagi jenis aku lupa apa nama. 

so lepas ni kalau aku ada masa , aku update kedai Coffee di serata Kuala Lumpur ni. In shaa Allah 


16 Mar 2015

laju jadi perlahan

assalamualaikum sekalian dan salam sejahtera 

and Hi March

ehem ehem tak lama lagi 

dah lama tak update. so alhamdulilah hari ni ada peluang rajin nak menaip. 
hari ni taknak cerita mengenai hal orang. cuma nak cerita pengalaman waktu sekolah.
bunyi agak hmm je kan. 

umur aku dah 22th. 
Jadinya, dah lama meninggalkan alam persekolahan. Malam ni bukan nak cerita pasal sekolah tetapi Bas Sekolah.
haa agak macam bosan. tapi aku nak cerita pengalaman manis yang susah-susah. ada dua maksud tu.
Aku habis SPM tahun 2010

Berbalik pada cerita aku, aku ni memang malas pergi sekolah kalau Abah hantar. Sebab tak nak menyusahkan abah bangun pagi-pagi dengan rushing nak pergi cari rezeki lagi.dan hantar aku ke sekolah bagai. Tak jauh pun. cuma ala 7km je. 

pertama kali aku naik bas umur aku dari 12 tahun. masa tu darjah 6, aku naik sama-sama dengan abang kakak-kakak. aku belajar dari diorang.tapi time tu diorang menengah dan aku pula rendah. rendah lebih jauh dari menengah.so aku beranikan diri untuk tekan loceng untuk berhenti depan sekolah. agak comel katakoo lintas jalan. Bas sekolah lambat sampai ke sekolah. dalam 7.30pagi. Dulu memang kaki lambat. sangat seronok bila bas lagi lambat sampai dan kena pada hari Isnin. well ! ada perhimpunan kan. 

Bas Lin Siong
Bas aku naik dulu sehingga sekarang masih pakai
walaupun ada yang baru. RARE !

Jerantut - Benta
Darjah 6 sampai aku habis Tingkatan 5. memang aku hidup dengan bas ni sahaja. sampai uncle tu dah kenal dan kekadang bagi free je naik. memang time tu tambang. 25sen naik 50sen tahun 2010. sekarang mungkin sama kot. Kalau ke bandar masa tu hanya 70sen. haaa

Dulu kalau lambat pagi nak ke sekolah, Uncle tu tunggu depan rumah. Depan rumah ada pondok abah bina. Abang Kakak Aku Jiran 2 orang akan tunggu sama dekat pondok tu sambil tunggu bas. memang zaman dulu naik bas sampai sendat ke depan.sebab kekawan semua naik. padahal itu bukan BAS SEKOLAH pun ! itu bas AWAM.

Balik sekolah pun sama naik bas tu. kebiasaan untuk balik memang lama nak gila tunggu. sebab bas awam kan. lainlah bas sekolah. Abah kekadang ambil kekadang aku tak bagi. sebab Abah suka ambil aku naik kereta ABU96! abah memang saja je. sebab RARE katanya. ABU96 tu kereta Volvo

gambar dari En. Google
inilah kereta ABU96. kereta tahap kebal. rare. aku sayang kereta ni. tapi tinggal kenangan. 


terima kasih abah sebab besarkan orang dengan kesederhanaan. dan alhamdulilah orang bersyukur ada abah ada mak sangat sangat penyayang. dan besar dengan kasih sayang dan sehingga hari ini orang suka dengan hidup orang walaupun abah dah takda dengan orang, mak dan keluarga. 
kalau mak pula, sibuk orang nak pergi sekolah. tak dan nak sarapan. kejar kami adik beradik supaya dapat minum walau sehirup dan jamah nasi supaya perut ni berisi. terima kasih mak. 

kasih sayang sungguh orang nak dari mak dan abah. orang terhutang budi.

sayang almarhum abah dan sayang mak hingga nafas akhir dan akhirat

                                   



Blowing In The Wind Pink And Green Flower