26 Apr 2026

Master of kepochi

Jumaat pagi gerak balik Pahang and rehat di kampung untuk beberapa harini. First sebab ada kenduri jiran depan rumah . Second sebab nak tenangkan fikiran sebab duk di bandar serabut..

Alhamdulilah so far im okay. 

Tadi pergi dua kenduri.. sibuk la orang kampung ni tanya soal dah berpisah ke? Ya Allah. Stfu. Kalau dah nampak n dengar , sudah la..sibuk kata nak tanya dari tuan badan sendiri.. tf hahhaah

Ofc yang tanya tu yang rumah kedua.. rumah kepochi.. why not kau tanya orang tu sihat ke tak.. ini pun pandang atas bawah.. hate about that.. just be nicer. Sebab kau taktahu journey orang cerai ni macam mana, apa dia rasa.. apa yang di hadapi sebelum nak cerai and ketika iddah tu kan.. how come you willing to asking about the private life orang kan… hahaha. 

I dont mind actually tapi sebab diorang dari haritu sibuk tanya husband husband… obses  nau dengan laki orang. HAHAHAH.

Anyway, esok planning nak mandi sungai heheh.. nak pergi Lata Meraung di Jerantut. Apa2 i will update new blog tentang Lata Meraung HEHEHE

19 Apr 2026

forgiveness is divine but never pay

Ingat tak aku ada cerita pasal kawan lama yang terpisah selepas 11 tahun lepas.. i called him as a buddy… 

Selepas lost contact aku dah nikah time tu, dan dia mengerjar impian dia mungkin in frusting sowhateva idk. Memang tak contact dia. Then tiba muncul semula.. quite shocked but interesting sebab yelah. Buddy kot contact semula.. then semalam dia whatsapp aku bla bla bla… kan aku cakap , dia text aku memang menyakitkan hati.. aku diam dari text dia, sebab malas layan perasaan bengis entah apa2 tu..tiba kau jadi polis.. kau jadi baran kan..

Then, dia text and talking about the hard disk hahahahah.. dia kata nak balik tak..aku cakap taknakk.. buang je… then start nak jadi serabai kata taknak maafkan aku sebab aku buat dia sakit hati sebelum ni dan dia taknak percaya aku.. aku menyesal okay.. kalau 10 list Allah nak bagi apa aku nak ulang pada lalu.. the top of that, maybe choose to be with him. Maybe.. idk, aku chatgpt… dia kata sebab aku rindu pada kenangan. Aku tak move on… yeah.. maybe . Sebab he’s the one..the only one yang baik, loyalty, respect. Suka pandang aku tak jemu.. aih that feeling!

Benda berlalu kan.. aku minta maaf bebanyak pada dia.. pada jasmani n rohani dia… minta dia rehda, supaya pada masa kini.. dia lebih bahagia dengan kehidupan dia..aku pun dah cakap, aku takkan text dia..dia jangan text aku dah.. biar Allah menentukan arah tujuan memasing.. that’s the best…

I did my part.. aku dah selesaikan apa yang sepatutnya..sebab aku taknak ada rasa hati yang tergantung.aku dah cakap n luahkan ..terpulang.sebab aku taknak rasa terseksa.. aku nak dia happy with his life.. no la laki orang nokkk even dia tak admit pun.. laki kan.. ah whateva..serabut the past !

15 Apr 2026

Masalah masalah

 Tak semua yang kita nak tu akan dapat. Ada yang kita benci, mungkin itu yang kita dapat. Apa yang kita tak suka, takkan dapat. Itu lah apa yang Allah dah nyatakan dalam Al Quran.

Bila malam macam ni, tiba terfikir. Apakah yang terjadi dalam hidup aku ini ada hikmah Allah nak bagi ? Apakah hikmah tu? apa aku boleh percaya sesuatu yang terjadi itu ada hikmah nya? Apakah takdir selepas kejadian yang menimpa aku ni? 

Adakah ini pengajaran Allah nak bagi pada aku? Adakah ini cara untuk dosa aku dihapuskan dengan memberi kesedihan, kesepian, kesakitan ?

Ya Allah, bukan aku tidak bersyukur..tetapi tunjukan apa yang kau ingin beri padaku.

10 tahun aku menjalani kehidupan sebagai isteri pada seseorang. Sekarang aku hidup sendirian, berdiri sendiri. Aku kena start dari bawah semula.. aku penat

Apa patut aku buat ya ? Ada commitment yang aku patut bayar.. serabut otak aku ya Allah…

tolong aku dalam kebuntuhan ya Allah

Blowing In The Wind Pink And Green Flower