7 Aug 2025

Divorce - Part 1

Aku macam nak cerita kisah and punca aku gaduh n ceraila sebab aku tengah available and lagipun aku taknak lupa nanti moment tu. supaya aku sentiasa ingat bila aku baca n jangan memaafkan orang disana…

___________________________________

25-27 April 2025: i decided to bring my husband pergi bercuti ke Melaka. Hotel n duit minyak also i sponsored. Dinner pun i sponsored.. makan di Joker Walk yang ada makanan seafoods tu… aku nak dia happy sebab dia jobless duk rumah berbulan juga la nak cari kerja tetap… habis kerja jumaat tu terus ke Melaka… 
Ahad tu balik dari Melaka balik rumah jap tukar baju then kita keluar semula pergi Stadium.. tengok JDT VS PHG…and ada celebration JDT menang 11 kali.. 

28 April 2025 : pagi tu aku nak mandi guna bathroom bawah, and aku nampak ipad aku yang husband guna untuk live ML .. instinct time tu lain macam… aku buka TT dia yang tak log out, and aku buka bahagian watch history, comment history and search history.. aku nampak dia watch girl seksi2 eh dalam tu, search history kemain dia search eh… and comment history pula aku nampak dia comment ‘’kenapa unfollow saya? Please follow my ig ni” aku taktahu lagi apa maksud dia ni.. aku tengok date macam baru lagi…. Time aku pi KL untuk Raya Open House company aku 17 April 2025. 
Gigil eh tangan aku bila aku tengok, and otak aku terus overthinking…aku off ipad n mandi.. sepanjang hari aku di office, otak aku jam gila… start buat kerja tak betul, tak focus.. isnin pula tu..bos ada…
Aku cakap dalam diri aku pada ketika tu, aku mesti jadi wanita yang kuat… balik dari office malam tu, aku buka ipad tu, and record guna iphone aku sambil tangan gigil2. Hahahaha.
Malam tu juga aku hack IG, FB, EMAIL dia…

Disclaimer
1) ipad tu aku punya & husband guna untuk like TT dia lagi 1 untuk live ML… so aku tahu la psw ipad tu…
2) yang pasal hack tu , aku mmg pandai hack… cuma aku dah pesan ke husband before nikah, saya percayakan awak 100% so, jangan awak lupa tu… so selama 9 tahun aku kenal dia aku tak jadi la hacker hahaha… so dia lupa kan, so gotcha…

2-4 May 2025 : aku jadi detective conan yang hebat… disitu la banyak kantoii… mula dari email dia, penuh video beronani dia dalam OMETV dengan random girls… and husband record and simpan dalam google drive dia… aku rasa almost 20 video dalam tu, and rupanya dia dah buat hubungan terkutuk tu since 2021. Hmmm sumpah sedih gila weh dalam period aku tahu ni.. within 7 days ni, aku tak lena tidur, jijiks , makan tak lalu.. okay lepas pada email tu, aku buka IG dia … ya Allah terkedu aku tengok dia tukar2 image and chitchat , FB pula dia tengok n like video perempuan seksi n beronani dalam tu… telegram lagi rasanya bersepah, tapi telegram memang aku dah cuba untuk hack tapi dia letak 3 verification password… memang banyak la situ aku rasa sebab OMETV tu dia bagi ID telegram.. so situ la sarangnya juga.. 

3 May 2025 : walaupun tengah hati sakit, marah… aku tetap kata jom yang kita ke Desaru Sabtu ni… dia pun okay… sebab aku kata aku nak belanja dia makan seafood di The Nelayan. Tapi dalam fikiran aku, memang aku cakap ini adalah mungkin kali terakhir aku akan bersama dia n vacation dengan dia…setiap moment that time, aku record je dia and ambil gambar sama dia tapi hati aku sedih… senyum bila dia pandang aku je…and mood aku swings gila time tu untuk pretend aku ni OK ke tak..

5 May 2025 : aku kerja macam biasa tapi aku dah inform bos aku 6 May tu aku nak cuti sebab ada personal matters nak selesaikan , and bos agreed and accepted… cuma hari yang sama tu , aku balik lewat sikit sebab nak settlekan kerja.. aku OT and check out 7:15 pm… and aku pun dah bagitahu husband untuk lewat balik sebab nak cuti… dia tanya kenapa nak cuti? Tapi aku rasa dia tahu aku nak cuti sebab apa sebab petang tu jam 5, aku nampak email dia , dia tukar psw email dia… damn la. For info, aku cuti sebab aku plan nak confront dengan husband…’kenapa buat saya macam ni n apa dia buat ni adalah salah..’ aku nak cakap dengan dia esok pagi nya sebab pagi kan segar sikit, and otak reset… would be nice if we talk and maybe nicely la cara perbincangan aku tu…aku taknak stress and nak jaga tune suara aku…dan aku mungkin dapat maafkan dia… thats my plan la, tapi plan Allah lain…. 
Aku kan balik lewat, sampai rumah jam 8 malam tepat… period n penat sangat time tu. aku sampai rumah, aku cakap ke husband ‘’yang saya naik atas ya , tukar baju n nak mandi’ n terus berlalu tak bersalam…and husband aku pelik …usually la, aku akan balik singgah di sofa living room tu dulu untuk  cakap pasal kerja or sayang nak makan apa…. Maybe dia pelik atau dia syak memang dia buat salah… dont know… 
Dia kejar aku naik atas, and dia tanya aku ‘awak okay tak ni sayang’ saya okay je sayang … penat sikit sambil aku cakap tu, aku tak pandang dia … sebab aku dah start annoying… dia paksa aku cakap kenapa (tapi before ni mana ada dia beria nak follow aku naik atas or tanya2… cuma pada ketika tu, dia paksa) aku berangin la sikit, sebab push tanya aku..sedangkan aku balik kerja penat lagi,, period lagi, balik maghrib. 
Aku dah start marah2 dia, betul ke awak nak tau saya kenapa? IYA dia cakap… kau buat apa belakang aku Farhan…. Dia denied, tak terjawab soalan aku. I watched as his face turned ghostly white.… 
Aku dah start naik kan suara aku…and guna aku kau… masa aku marah dia, dia tak marah aku pun, dia cuma cakap sorry, and aku tunjuk dari phone aku bukti2 tu… aku suruh dia buka telegram…dia taknak weh…aku buka ipad aku, tunjuk dia buat tuu. At the same time,  aku call bapak dia. Aku siap tanya ayah dekat mana? Ayah dah makan ? Ayah free tak ni? Bapak dia jawab ha ha ha jee..n aku cakap ke bapak dia, ayah nak tau tak…anak ayah dah buat macam2 belakang saya.dan curang. Sya taktahu la samaada anak ayah ni dah check in hotel ke tak… (nada aku macam nada teresak2 ya).. bapak dia boleh jawab ‘’semua ni salah aku’’ whatssss?????!!! Aku geram ,and end call.. husband aku cakap jangan call ayah dia, dia taknak ayah dia masuk campur… haaa? Kena masuk campur Farhan…sebab ini dah melebih. 
Masa nak naik atas, aku cakap ke dia.. aku nak keluar rumah ni… nak balik kg… atau kau yang keluar rumah ni… dia boleh cakap ‘’kau yang keluar rumah ni, ni rumah aku’’ aku terkejut dia cakap macam tu, and aku kata HAA OKAY….
And dia kejar aku naik atas semula, dia pegang kaki aku …dia minta maaf…dia tak niat nak cakap macam tu….Aku bercakap dengan dia almost one hour ….aku sampai dah terbaring atas katil sebab perut aku sakit gila. Macam out of energy . Start berpeluh,.habis pentengkaran tu around 9 pm… and dia minta maaf n bagi dia peluang kedua…aku taknak, aku cakap sebab benda ni dah drag dari 2021..dah lama sangat kau buat sampai tahun 2025 kot. Dah terlambat dan aku kena tipu hidup2 selama 4 tahun… (usia nikah 7 tahun) Kalau kau fikir baik, kau ada isteri yang halal…kenapa kau nak buat juga perkara ni… dan dia kata dia menyesal…aku bukan tak bagi kau nafkah batin Farhan… kau yang leka main ML sampai kau lupa tanggungjawab kau sebagai suami. 
(Aku tertunggu2 juga masa di Melaka, kau ada nafsu tak dengan aku…tapi tidakkk ya…)

so aku cakap aku nak balik kg… aku pack baju2 dia punggah balik…dia tak bagi aku keluar…dia kata biar dia keluar rumah… sebelum dia keluar rumah tu, dia bersalam and cium dahi aku dengan minta maaf… aku sedih aku nangis beria…tapi dia tak toleh…tau tau dia keluar rumah jam 9:12 pm..rupanya bapak dia ada depan rumah… bapak dia tak masuk, tak bincang dengan aku…tak tenangkan aku…dia datang tutup engine kereta and ambil anak dia je… ALLAH…aku sedih gila… aku dah start depression waktu tu…mental aku koyak..serabut apa aku nak buat… sedangkan 6 May tu aku dah ambil cuti untuk confront….aku text dia jam 10 malam tu, lepas kejadian bapak dia ambil…aku bagi gambar last kita trip di Desaru w Look Farhan… awak hancurkan kita. 
Masa kejadian pergaduhan tu, aku suara kuat gila… sebab aku benci sebab dia still keep cakap jangan libatkan bapak dia.and dia cakap kenapa langgar privacy dia?? YA ALLAH Farhan… kenapa la still cakap macam tu…hati isteri awak hancur tau takk… aku remind dia masa kejadian tu, aku cakap 3 benda kau dah ruin… 1) kau dah ruin kepercayaan aku ke kau 2) perkahwinan kita 3) kerjaya aku di JB…. 

Aku tak tidur hari tu…aku stress , aku nangis macam air pancut tau…memang lost, jam 4 pagi aku pack pakaian aku dua tiga helai dan  aku ke balai polis untuk buat covering report. And tuan polis tu gelak kan aku sebab aku ceritakan yang bapak dia ambil di rumah… kejamm betul kejam apa dia buat dekat aku.. aku minta polis tu untuk aku nak tidur kejap dalam kereta di kawasan balai tu… dia kata okay, tapi aku cuba nak tidur tak boleh, aku jam 5pm lepas subuh aku masuk office, tidur surau bilik bos…. Lena la kejap sampai jam 11 baru aku decide ke Kluang… rumah kakak aku… 

Disclaimer 
1) bapak dia memang sifat angkuh begitu… dia je yang betul…dia tak tegur dengan aku dah setahun.. punca dari anak sulong perempuan dia maki dia dalam phone.. so aku kan rapat dengan bapak dia… aku jadi terbawa2 sifat marah tu.. aku tak tegur dengan kakak dia juga… end up bapak dia yang tak tegur aku..aku syak sebab mak nya la hasut… LOL.. PSYCHO.
2) covering report sebab husband aku pernah cedera kan aku, maki hamun aku… punching bag aku tu kira dah normal dalam perkahwinan aku…so report tu dapat bantu aku untuk terus jail kan dia if in case that dia cuba nak pukul aku la kan ..yela, aku kan ada bahan bukti dia curang , dia ometv lucah tu semua… 
3) dia lupa yang rumah ni adalah harta sepencarian..rumah ni aku dapat sebab aku kerja under developer tu… so memang la atas nama dia..tapi rumah ni dapat tahun 2022, selepas tempoh bernikah. LOL.
4) aku keluar rumah aku still minta izin dia

Okay la, nanti aku sambung part 2. Panjang lagi cerita aku ni… 

yang dibina itu musnah

Ya… hari ni dah masuk iddah kedua. Dan tak lama lagi akan berakhir , dan bulan August ni aku akan bagi notice untuk resign dari kerja di JB ni… sayang kerja sekarang ni, sungguh sayang tapi tu la,.. keadaan tak akan sama macam dulu.. 

6 tahun kerja tempat ni, dari admin terus ke secretary to GM …gaji best, environment seronok, benefits nya, boleh WFH. Flexible hours.. duit OT ada…semuanya perfect.. tapi betul orang kata pada aku, nikmat Allah bagi tu hanya seketika… dan kau takkan dapat rasa seperti lamanya… 

Aku berfikir, kenapa orang lain boleh berkahwin sehingga berpuluh2 tahun, berkerja la sehingga pencen. Happy dengan pasangan, happy dengan kerjanya… even la bukan ada anak pun, masih together… tapi terbalik dengan kisah aku… adakah aku salah pilih pasangan? Terburu2?

Babe, sedih sangat… rasa macam kena pijak, kejujuran tu musnah sekelip mata.. kenapa semua ni berlaku pada aku… 

Back my story tahun 2015… i had a friend of mine… best friend.. we closed, tapi aku rasa sebab aku friendzone dia kot… and Oct aku kenal w my husband. And aku ignored and break the promise w my best friend ni… and now aku rasa menyesal aku buat macam tu dekat dia… At the time, it felt right that he was still with me.. but somehow, Allah buat semua ni bersebab… aku taktahu ada kemungkinan apa aku fikir tu jauh beza apa Allah rancangkan… tapi seperti ini, Allah rancangkan perkara yang aku tak mau tapi terjadi… tapi aku siapa la nak menindak apa Allah kurniakan…syukur alhamdulilah… 

Sighhh~~

5 Aug 2025

5 May-5 August 2025

 93 days without him

Previously aku ceritakan about my husband tinggalkan rumah dari 5 May, sampai la hari isnin, 30 June hari yang dia ceraikan aku… ya, dia ceraikan aku dah..hari yang dia ceraikan aku adalah hari yang ke 57.

Tak contact, tak whatsapp tak call tapi read my whatsapp.. aku isteri tapi dia memilih untuk ghosting aku..

Aku jumpa dia masa hari dia ceraikan aku tu, 30 June. Shaking tangan kaki sebab tengok dia dah masuk dalam dewan bicara.. dia ditemani bapak dia dan maknya… just look at him Aisyah… he ignored you.. strangers.. 10 tahun kenal dan 7 tahun perkahwinan… hanya kerana curang. The day i told him, 5 May tu, kau boleh jadikan aku punching bags kau, tapi jangan curang Farhan. 

Aku taknak cakap banyak la, sebab aku stress.. anxiety… depression…traumatised.

Kalau suatu hari kau ada baca apa aku tulis ni, kau ingat la… setiap apa yang terjadi pada aku…nangis aku,sedih aku, depression aku…tenaga aku guna ni, aku tak maafkan kau… sama aku takkan maaf kan keluarga kau…bapak , mak , kakak kau n abang kau…kau n diorang lebih rela aku mati.. 

ingat apa aku cakap ni ya… doa orang teraniaya tidak akan buat hidup kau senang.. 

14 May 2025

Casually Ignored: A Nonchalant Treatment

day 10

suami tinggalkan rumah tanpa segala pesanan, atau luahan. is it normal? ofc not

still dont understand why im going thru this again.... and this time , in a marriage.

We’ve been married for 7 years, and we’ve known each other for 10. tapi jelasnya, knowing someone for a decade doesn’t guarantee honesty or loyalty. It doesn’t stop someone from betraying their family.
The pain is unbearable. I cry every night. My soul is screaming inside from the loneliness.

he cheating on me rupanya since 2021. HAHAHA.. but i just found out  27 April just after we came back from Melaka... Masha Allah. betul kata orang, instinct yang Allah bagi pada para isteri adalah luar biasa. kantoi. terkedu.. since that, i shud be turn my character to Detective Conan.

im the victim but he’s the one who walked out and went back to his parents' house. yeah, time marah tu aku dah suruh dia keluar and aku taknak tengok muka dia.. 

loveyousomuch sayang... apa kurang saya pada awak sayang? saya menagih cinta awak sejak pertama kali kita berjumpa 2015. aku berkorban segalanya untuk awak sayang.. pindah ke JB semata demi kelangsungan tua bersama awak sayang tapi awak decide untuk keluar tanpa whatsapp reply.. hebatnya ego awak sayang.. 

Maybe he’s ashamed of what happened. But believe me, if he came back and tried to fix things, I might have given him a chance. Now, I just feel desperate and broken.

If he still doesn’t return, I might go face him at his parents’ house. Just to say what needs to be said, maybe for the last time

aku dah penat menangis weh... penat hari hari sejak 27 April ... sakit jantung aku bila suami tipu kau, telegram perempuan lain... melancap dalam video w different girls... wtf

But I’ll keep going. Just remember this: I will never search for you again. Never...

biar aku nangis air mata sekali pun, aku takkan cari kau lagi. dan aku tak akan maafkan kau sampai bila2... cuba la kau cari aku, kau takkan jumpa. tu bukan bermakna aku give up, aku dah penat melayan tangisan sendiri merayu meminta pada ehsan kau.. sedangkan kau?

Thanks for everything. Really. I wish I never met you!!

aku sayang kau tau !!!!! tapi kau hancurkan rumahtangga kita !!! rumahtangga tau tak !! bukan couple nak putus putus !! 

kalau rasa aku ni tempat kau suka2 baik jangan nikah la !! cakap pada aku apa yang aku buat sampai kau macam ni!!! 

SEDIH TAU TAKKKK SEDIHHHH  
Blowing In The Wind Pink And Green Flower