23 Jan 2026

Makkah, 21-26 December 2025

 Hajah hajah hajah… Ya Allah rindu betul suasana tu.





Alhamdulilah syukur dapat peluang mengerjakan umrah kali pertama pada umur 32.. itu pun abang sponsor..kalau nak pakai duit sendiri belum tentu wakk..

Selepas kelam kelibut berlaku pada aku May 2025, Allah hantar abang untuk bawa aku ke umrah. Masa abang invite tu pada bulan August, hari jadi abang time tu.. yang adik beradik lain abang dah invite masa bulan June lagi. Tapi sebabkan berlaku penceraian dan abang tengok aku depressed. Abang invite je, esok tu aku dah terus renew passport.. heheh…siapa je tak excited kan.

Hari demi hari aku hitung, syukur pada 20/12/25 datang airport pada jam 8pm. Sebab flight Saudi Arabia tu jam 2am. Tapi flight delayed jam 4am baru lah kami fly.. alhamdulilah after that happened, pihak KLIA bagi kita voucher RM35 per person untuk enjoy the cake and beverage! 

8 jam dalam flight, it’s no joke okay… seat SA yang aku dapat ni, row tengah then seat tak boleh recline. Sakit tulang belakang sampai ke Madinah sakit nya… tegak, tidur sakit ..tak selesa..so aku lepas ni tak boleh dah SA.. unless its business class.. hahahah.

Bila dah sampai Jeddah, ya Allah… perasaan sungguh excited..then check in hotel, baru la buat umrah pertama… setiap kali tawaf tu, aku menangis…tak boleh stop, memang rasa lain macam..hiba, sensitive, happy… syukur Allah… cuma perasaan tu, kerdil…Allah jemput aku, walaupun aku ni adalah pendosa yang banyak sangat buat…

Kurang sikit aku active berjalan laju, sebab aku memang tulang sakit tu tak hilang… masa di sana, aku banyak habis masa di masjid, hari pertama tu memang all out.tidur sebab aku penat kan, kaki sakit…muka pucat habis sebab memang kaki sakit..spray minyakk ,pakai socks dan deep sleep.ahaha

Aku dapat buat umrah wajid, sunat, badal untuk arwah abah dan waqa’ tu wajid..

Peristiwa paling tak dapat aku lupa buat umrah badal dengan kakak aku, Ima… ahahha setiap kali tawaf memang kita akan pimpin tangan sama…tawaf okay kita boleh sama sama pelan, masuk je sai’e.. Allah.. memang struggle..kaki aku sakit, Ima pula macam nak pitam…hahahaa,, sangat kelakar this time.. kita memang lama tau duk di tepi dan banyak berhenti minum air zamzam…

Di Makkah untuk ni memang ramai sesangat, not as usual kata Askar situ.. habis je lepak malam di msjid..lari jap minum coffee, cari Ratio cafĂ©. Best, rasa tenang, tak busy.. tak kejar apa2 pun.. memang kita akan berdua kemana saja..padhaal dia ada laki tau..hahaha…sayang kau Ima…

Agent kita ambil tu Azzuha Travel and Tours,. Okay not bad la.. in shaa Allah ada rezeki nak pi lagi, rasanya macam nak diy je…tapi risau masalah2 yang tak dapat kita nak elak tu kan, baik je la bayar je agent…

Thanks Abangku sebab sponsor kami adik beradik 7 orang pi kali ni, dan terima kasih ya Allah sebab bagi peluang yang sangat berharga ni..banyak lagi nak cerita..tapi next la..hahaha




16 Dec 2025

Ke Makkah

 Alhamdulilah sabtu ni aku angkat berangkat dan menunaikan umrah bersama keluarga aku.. umur dah 32, tapi Allah panggil untuk pergi ke Makkah dalam keadaan kesakitan jiwa. Moga segala asbab dan cara begini dapat melupakan dan merawat hati aku yang tengah sakit.. 

in shaa Allah, dan aku berharap dan berdoa pada mu ya Allah, tahun 2026 moga yang baik baik sahaja untuk aku ya .

Aku akan berangkat 21 hingga 1 January 2026. Hheh. Moga dipemudahkan Allah

16 Nov 2025

Open letter to Muhammad Farhan bin Aziz

 Hari ni aku ada surprise dari EX…

Dia reveal his GF and girl. Aku rasa lah tu anak GF dia , siap post dalam whatsapp story with song Mariah Carey My all..

Aku tak sure dia post purposely or dia nak orang tahu kot dia dah cerai n with someone new. Aku tahu pun dari nephew.. sebab nephew je boleh tengok.. hahaha

At first aku down, aku nangis, start depress, now aku doa apa yang kau buat blakang aku sejak kita berkahwin sehingga hari ni  pada hari ni juga ,tiada lagi kata maaf dari kau dan mak ayah kau… so aku tak akan skip doa aku dari Allah makbulkan doa teraniaya hati aku ni kepada Muhammad Farhan bin Aziz.

Aku doakan kau sehingga keturunan kau hancur, sehingga pada ketika itu di padang mahsyar kau masih tak dapat cari aku.. tidak akan hati aku memaafkan kau.

Semoga kau berbahagia tanpa ketenangan dalam diri kau selamanya Muhammad Farhan bin Aziz.

15 Nov 2025

Young n beautiful

 Bila dengar lagu ni.. aku down sikit la sebab apa pun taktahu hahah…

Betul lah tu, bila aku tak lagi muda dan makin berusia, kau cari yang lain, tak akan rasa sayang cinta pada yang sama… mana janji janji kau dulu yang kata nak bahagiakan aku.. yela, rebound kan , mana nak kekalkan…

Aku rindu dia hari-hari tetapi rasa nak sayang tu takkkan dah, jauh sekali… mimpi masih ada hari2 dia masuk dalam mimpi aku, tapi nak kata rindu dia, tak pun…cuma mungkin rindu pada kenangan, kenangan lama tu.. kenangan yang dah kekal, kenangan yang nak matikan bersama, kenangan yang akan permanent, dah tune otak yang kita akan bersama selamanya… tetapi itu la, jauh lagi untuk lupakan dia… rindu pada kenangan yang manis, walaupun dia tidak la lakukan tanggungjawab tu, tetapi pada ketika la, dia lah bernama suami.. 

suami yang membawa aku ke syurga, syurga aku pada dia walaaupun layanan dan tanggungjawab tu takda, tetapi rehda dari Allah yang aku mahukan… Allah yang tentukan kebaikkan aku tu masuk syurga atau neraka. 

Susah jadi isteri ni, patuh pada suami.. masak , melayan tetapi suami tak melayan kita dengan baik, kita pula difikir derhaka…sedangkan mata dia dah tertutup dengan dosa dia lakukan sendiri.

Takpalah, aku tidak mahu fikirkan lagi , cuma masih terkesan dengan emosi yang entah dimana salah aku… aku tak tahu kenapa Allah tentukan nasib aku macam ni… adakah untuk memudahkan urusan aku ke syurga Dia? Sehingga sekarang aku taktahu apa aku buat sehingga aku jadi isteri ditinggalkan tanpa sebab …atau dia tinggalkan aku dalam keadaan terseksa.

Demi Allah, hati aku dah rehda tetapi cuma aku kecewa… kecewa dengan apa yang berlaku tanpa sebab.. bila aku nak cerita dengan orang atau luahkan pada media social, di katakan meminta simpati…hanya pada Allah dan menulis je dapat aku luahkan…

Aku memang dah tenang cuma entah la, teringat masa lampau tu… bila aku rindu, aku akan buka text dia dari May 2025 sehingga sekarang…bertapa aku usaha untuk pulihkan keadaan…tetapi kecewa tu buat aku dah st0p dan perlu lupakan dia,, ingat apa kejahatan dia buat dekat aku…

Recently bila aku down, air mata aku laju keluar walaupun tidak perlu dipaksa pun… sedihkan bila ditinggalkan tanpa nokhtah….

Blowing In The Wind Pink And Green Flower