20 Aug 2014

realiti

aku suka
dan aku punya suka
suka punya suka
suka sebab tak berpunya
sebab aku suka apa kau suka
suka aku lah nak suka apa

23 Jun 2014

sesaat

aku

rindu sangat abah
bila tengok kawan salam si ayah nya. 
aku teringin nak cium tangan dan rasa nak peluk abah
rindu nak bau abah
aku dah lupa bau abah
sebab dah banyak bau mak
cepatnya abah pergi
pergi abah untuk selamanya

aku

perlu abah
gelak tawa abah, senyum abah
aku masih ingat
gembiranya ada abah kan
aku nak abah aku semula
selama 20tahun
aku rasa rugi dan menyesal tak peluk abah 24jam

untungnya kalau dapat pegang tangan abah sekarang ni
tapak tangan abah besar
aku masih ingat
genggaman abah aku masih dapat rasa
kecilnya tangan aku berbanding tangan abah
rindu
rindu abah
abah mesti rindu aku juga

pahitnya nak telan, abah
seronoknya kalau abah dapat tengok aku membesar dan berjaya pegang usaha aku sendiri
aku sabar abah
aku nak tabah
setabah mak

14 May 2014

tiring

hi petang uols. hari ini cuaca di Bangsar sangatlah menakutkan. Hujan tak cuma kilat je sambar menyambar. Allah. bukan hari ini nak aku cerita tetapi nak cerita fasal semalam.

semalam pergi Klang satg. jumpa mak.rindu setia nyawa. alahai.
.lepas balik dari Klang terus ke Jalan Tar. untuk cari baju untuk nikah abang tak lama lagi.

soo cari punya cari. akhirnya kami ambil keputusan terus sahaja ke Jakel. 


ini baju untuk aku dan kakak akan pakai.. sedondon dengan dia. kain tu kain songket.nama kain songket tu kan.kain songket Che Ta. Kelasss kau Ta. ok, btw songket tu semeter tak silap aku rm62. untuk baju tu pulak semeter dalam rm22 kot. puas hati cuma belum tempah lagi.  

kalau korang nak cari baju untuk raya better pergi ke Jakel . banyak pilihan. dan cantik-cantik. ok.kebiasanya Jakel akan buat Happy Hours untuk customer dia. dorang akan bagi masa dalam 10min untuk korang pilih kain pasang di rak yang terpilih sahaja untuk dijual.. dorang nak clear kan stock. as usual, kain yang dorang nak lelong tu kain yang jarang jugalah orang nak beli. itu tekaan aku je lah kan.. lepas tu dorang akan bagi penurunan harga. . contohnya , dari harga asal rm400 . dorang akan turun sehingga rm100, rm90. haa macam tu lah kot.. tapi time 'Happy Hours' tu berlangsung. korang jangan pulak nak pelik. makcik2, kakak2. semua akan berlari nak ke rak tu. yelah ! murah gila kot. macam lebah

 itu anak keling mana entah.dah la tak reti senyum. malas nak ngaku anak saudara* hihi
menyemak nak ikut
belakang anak buah aku tu lah kain songket .. memang cantik. kain lembut. memang berbaloi


aku kalau bak mencari kain memang aku akan lari jejauh, aku tak minat lah duk termenung mana nak cari baju.  mana sesuai dan so on lah. tanya pendapat aku memang aku akan kata TAK LAWA

tapi yang kakak pegang yang atas tu .yang tu je yang aku kata OK sebab warna Songket tu memang cantik



lepas pergi cari kain pasang di Jakel. kami kami cab dan terus menuju ke Sungai wang. Cuci mata. tu memang rasa penat sangat berjalan. tapi satu pun baju or barang kitaorang tak berkenan. tak cantik. dan bukan menarik pada kami lah. setelah 4jam duduk dalam kompleks tu. baru kitaorang bla untuk makan. 
makan sampai muntah. k bai





12 May 2014

she's idiot

sementara manusia sedang dilamun mimpi
sementara manusia sedang dilena mimpi
aku masih disini
menanti apa yang tak pasti

jam menunjuk 03:32 pagi
aku hidupkan lampu yang termati
aku pandang apa yang Engkau bagi
untuk keluarga hajati

Allah,
biarlah orang nak kata apa tentang aku ini
sebab aku masih ada Engkau bersama aku disini
Engkau tak akan biar aku mati sendiri
sesungguhnya Engkau tidak akan gantung aku tidak bertali







Blowing In The Wind Pink And Green Flower