22 Mar 2015

secangkir coffee , JOM !

assalamualaikum sekalian dan salam sejahtera


you can't buy the happiness but you can buy coffee and that's pretty close 


sudah lama tak update blog waktu petang hari. so hari ni weekend, kita duduk rumah saja. Hari ni bukan nak cerita pasal Bas atau Sekolah atau Volvo. haa tapi hari ni nak berkongsi minat yang aku suka. minat yang mungkin orang pun suka, dan ini aku nak cerita mengenai secangkir kopi . tuddiaaa

dah lama kiranya nak update cuma malas je tangan ni nak menaip. bila dah dapat menaip sedaplah jari ni. tak tengok keyboard pun sedap. yelah ! masa Uni dulu dah belajar teknik menaip dengan betul. k dah dah. melalut ke laut.

aku memang obses sangat dengan coffee. Dari aku zaman sekolah sehingga zaman Uni memang aku akan cari coffee dulu sebelum balik ke rumah dan hostel. aku obses tapi aku tahu coffee ni memang ada side-effect bila ambil berlebihan dalam sehari. jangan ambil coffee dalam 500-600 mg sehari ok !
sebab akan menyebabkan korang insomnia terlebih (ehem !) nervousness , stomach upset, muscle tremors, and restlessness . so jaga bebaik ok

nak boleh tapi jangan terlalu heavy caffeine . kalau aku obses. dalam sehari 2 3 cup of coffee aku ambil. sekarang ni kurang dah la KOT. sebab caffeine kan. HAHHA ! asyik kena perli je dengan jebonista

korang nak tahu jenis-jenis coffee yang patut korang ambil dan rasa. jangan korang pergi kafe minta coffee entah apa-apa pastu buat korang menyesal seumur hidup. nahhh !


aku ni hanya minat Mocha, Cappuccino, Latte and Flat White. yang tu mesti cuba. dan jenis korang suka heavy caffeine. Should try Espresso, kalau nak double or triple Espresso. ada Doppio dan satu lagi jenis aku lupa apa nama. 

so lepas ni kalau aku ada masa , aku update kedai Coffee di serata Kuala Lumpur ni. In shaa Allah 


16 Mar 2015

laju jadi perlahan

assalamualaikum sekalian dan salam sejahtera 

and Hi March

ehem ehem tak lama lagi 

dah lama tak update. so alhamdulilah hari ni ada peluang rajin nak menaip. 
hari ni taknak cerita mengenai hal orang. cuma nak cerita pengalaman waktu sekolah.
bunyi agak hmm je kan. 

umur aku dah 22th. 
Jadinya, dah lama meninggalkan alam persekolahan. Malam ni bukan nak cerita pasal sekolah tetapi Bas Sekolah.
haa agak macam bosan. tapi aku nak cerita pengalaman manis yang susah-susah. ada dua maksud tu.
Aku habis SPM tahun 2010

Berbalik pada cerita aku, aku ni memang malas pergi sekolah kalau Abah hantar. Sebab tak nak menyusahkan abah bangun pagi-pagi dengan rushing nak pergi cari rezeki lagi.dan hantar aku ke sekolah bagai. Tak jauh pun. cuma ala 7km je. 

pertama kali aku naik bas umur aku dari 12 tahun. masa tu darjah 6, aku naik sama-sama dengan abang kakak-kakak. aku belajar dari diorang.tapi time tu diorang menengah dan aku pula rendah. rendah lebih jauh dari menengah.so aku beranikan diri untuk tekan loceng untuk berhenti depan sekolah. agak comel katakoo lintas jalan. Bas sekolah lambat sampai ke sekolah. dalam 7.30pagi. Dulu memang kaki lambat. sangat seronok bila bas lagi lambat sampai dan kena pada hari Isnin. well ! ada perhimpunan kan. 

Bas Lin Siong
Bas aku naik dulu sehingga sekarang masih pakai
walaupun ada yang baru. RARE !

Jerantut - Benta
Darjah 6 sampai aku habis Tingkatan 5. memang aku hidup dengan bas ni sahaja. sampai uncle tu dah kenal dan kekadang bagi free je naik. memang time tu tambang. 25sen naik 50sen tahun 2010. sekarang mungkin sama kot. Kalau ke bandar masa tu hanya 70sen. haaa

Dulu kalau lambat pagi nak ke sekolah, Uncle tu tunggu depan rumah. Depan rumah ada pondok abah bina. Abang Kakak Aku Jiran 2 orang akan tunggu sama dekat pondok tu sambil tunggu bas. memang zaman dulu naik bas sampai sendat ke depan.sebab kekawan semua naik. padahal itu bukan BAS SEKOLAH pun ! itu bas AWAM.

Balik sekolah pun sama naik bas tu. kebiasaan untuk balik memang lama nak gila tunggu. sebab bas awam kan. lainlah bas sekolah. Abah kekadang ambil kekadang aku tak bagi. sebab Abah suka ambil aku naik kereta ABU96! abah memang saja je. sebab RARE katanya. ABU96 tu kereta Volvo

gambar dari En. Google
inilah kereta ABU96. kereta tahap kebal. rare. aku sayang kereta ni. tapi tinggal kenangan. 


terima kasih abah sebab besarkan orang dengan kesederhanaan. dan alhamdulilah orang bersyukur ada abah ada mak sangat sangat penyayang. dan besar dengan kasih sayang dan sehingga hari ini orang suka dengan hidup orang walaupun abah dah takda dengan orang, mak dan keluarga. 
kalau mak pula, sibuk orang nak pergi sekolah. tak dan nak sarapan. kejar kami adik beradik supaya dapat minum walau sehirup dan jamah nasi supaya perut ni berisi. terima kasih mak. 

kasih sayang sungguh orang nak dari mak dan abah. orang terhutang budi.

sayang almarhum abah dan sayang mak hingga nafas akhir dan akhirat

                                   



1 Feb 2015

positif

assalamualaikum sekalian dan salam sejahtera

Hi Feb 

hari ni nak bercerita mengenai Ijazah. / Degree. alhamdulilah syukur terima kasih yang tak ternilai apa yang Engkau rancangkan. aku dapat lanjutkan pelajaran lagi sekali selepas diploma ke menara degree pula. so, aku belum lagi buat keputusan untuk sambung ke tak. sebab aku dah malas lah nak sambung. malas nak menghadap assignment malas nak presentation malas nak dengar leteran lecturer. 

siapa yang pernah belajar di Universiti. ye, kau tahu itu. penat lelah rasa nak mati. cukup saja aku rasa sampai diploma.aku bukan nak tolak takdir Allah. cuma aku taknak saja, kalau aku rajin aku buat saja PJJ. 

jadi,
aku nak bagi teguran dan pengajaran sedikit

manusia ni siapa je pernah berjaya tanpa ada kegagalan ?
sedangkan para Rasul kita pernah menghadapi kegagalan dan waktu jatuhnya dengan pelbagai ujian 
inikan kita

setiap kekalahan setiap kegagalan setiap apa yang berlaku
kita akan rasa kenapa Allah takdir kita macam ni?. kita dah mula salahkan diri. dan mula salahkan Allah dan mula dengki dengan kawan. kenapa aku bukan dia. 

itu semua Allah nak menguji . Allah akan menguji hamba-Nya mengikut kemampuan. see, nampak tak Dia sayang kita.

dan yang pasti motivasikan diri kita,sentiasa berfikiran positif. 
berfikir secara positif tu untuk orang yang berjaya. jangan putus asa walaupun aku pun sama asyik putus asa, lol

aku pelik dan masih berfikir sampai sekarang.  ada sesetengah orang yang gagal tetapi yang dia tahu kekalahan,sampai jadi diri tak betul.dan salahkan takdir. nak bunuh diri apalah. muka cenggung. kau fikir kau buat macam ni orang kasihan? dia yang patut kasihankan diri sendiri bukan orang lain. tolol

understand that, life isn't easy and life isn't a straight line

12 Jan 2015

come and go

"time goes by so fast, people go in and out of our life"

1 2 3 4 5 6 7 8 9 . . .
I'm still counting the days by the years
they say forget the past and start a new life
yeah , they're right !

and so ! stop thinking about the past 
lets we make a story !

kenapa kita nak fikir orang yang dah tiada? dan kenapa kita nak fikir orang yang ada tetapi macam tiada ?. 2 perbezaan yang kekadang meragukan diri kita sendiri. walhal  just one simple question. orang yang dah tiada harus bagi aku kita ingat. ini memang susah sangat kita nak lupa even dah makan bertahun-tahun. dan contoh adalah pemergian orang kita rapat sangat-sangat. kita rindu  wajah dia. kita rindu serindu-rindu. dan adalah kenapa kita nak rindu orang yang ada tetapi macam tiada? ini dah memang macam iya iya kita rindu dia tetapi dia je yang tak wujudkan diri dia. ini tak patut aku rasa kita bebankan perasaan kita pada orang yang tiada guna untuk kita fikir dan itu adalah kejadian dan kesan paling aneh pada diri manusia yang rindukan bayang-bayang. 

BETUL , perasaan itu Allah yang bagi  dan kita hanyalah manusia yang melakukan banyak khilaf. kekadang kita sanggup fikir kan orang yang ada tetapi macam tiada sampai kita tak nak lelapkan mata sedangkan orang yang sentiasa ada dengan kita yang kita taknak bagi peluang. dia ada waktu kita sedih , dia ada waktu kita perlukan , dia sambut bila kita jatuh. unless you would never notice she/him come in your life.

sebab mengapa kita rasa macam kita kejar bayang-bayang? sebab kerana orang yang ada tetapi macam tiada itu bagi kita HARAPAN dan JANJI 
lepas itu, pergi bila dah rasa perlu. buang bila dah jemu. 

sudah lah, yakin kerana Allah
tiada apa di dunia ni tanpa hikmah. 
because Allah is the best Planner to us

don't be too concerned about the problems of the past 


If you live long enough, you'll make mistakes. But if you learn from them, you'll be a better person. It's how you handle adversity, not how it affects you. The main thing is never quit, never quit, never quit.





Blowing In The Wind Pink And Green Flower