2 Dec 2021

Al-fatihah Along...

 

Innalilawainalilahirojion untuk Along...

Ia seperti satu mimpi untuk aku. celik mata, aku akan bertanya pada diri aku sendiri. Betul ke Along dah tiada? ternyata perkara seperti ini adalah benar. Memang aku rehda tetapi ia macam secara tiba-tiba.

Ini dah 3 kali terjadi bab kematian dalam sepanjang hidup aku. Orang yang aku sayang. 

Along masuk Hospital Klang dari 16 October, sebabkan Covid. Apa yang aku hairan, Along dahpun cukup Vaksin (Sinovac) tapi siapa lah kita menolak takdir Allah. Hanya 2 hari beliau dalam ward biasa, dan terus ke ICU sebabkan demam  yang melarat. Dalam masa 4 hari tu adalah Videocall dengan Along macam biasa. Along bercakap, borak dengan kami, saling bercerita perihal kesihatan beliau. Selepas pada tu, 21 October Along dah tak boleh contact dengan kami, sebab Doctor tak kasi bawa phone dalam tempat isolated. Then, Along kena tidurkan dalam 12 jam. Apa yang aku tahu, dua kali Along ditidurkan dan hari bersilih hari. Along kena tebuk pipi kanan sebabkan sukar bernafas, start dari Along ditidurkan Along dah tak boleh bercakap sebabkan tube oxygen dipasangkan. Allah...

Sedih tengok keadaan Along yang muka makin gelap, bengkak, dan makin kurus. Hanya mampu lambai ke arah phone yang Nurse letak kan. dan kami langsung berjurai airmata. aku tak sanggup, masa tu aku di office. lantak aku nangis, aku tak boleh tahan. 

Pada 6 November 11am , Doctor nak buat videocall sebab nak cakap keadaan Along. Keadaan Along semakin lemah, virus dah mula spread bahagian Jantung, Paru-paru , dan buah pinggang (maybe sebab doc bagi antibiotik yang tinggi). Bila dah terjadi macam ni, makin banyak pula penyakit yang Along dapat. Sebenarnya sebelum ni Along tiada penyakit serious kecuali kencing manis , tapi tak tinggi. just nice. bila dah positive, dia start menyerang.. Back the story, dalam videocall tu Along siap lambai, dan tunjuk thumb up. Allah.

Pada 7-8 November 12pm, Along start koma sebabkan komplikasi dalam badan Along. Time tu kami adik beradik baca yassin ramai-ramai dan call silih ganti untuk tengok keadaan Along yang semakin nazak. Fyi, kami ada buat bacaan yassin pada setiap malam start dari warded lagi. dan pada tengahari tu ada lah dalam sejam tengok keadaan Along dalam videocall.

Pada 9 November 11:30am, Doctor buat videocall secara mengejut. Cakap untuk bacakan yassin dan ajar mengucap untuk Along (even Along koma, nazak). perasaan time tu entah, sedih. taktahu, dan tidak keruan. sebab pagi tu aku bangun tidur untuk subuh, aku rasakan sesuatu keyakinan yang Along mesti sembuh dan tahu perkhabaran yang baik. Tepat pada jam 12:10pm tengah yassin dan menatap Along secara virtual. Doctor mengesahkan Along telah pergi menghadap Ilahi. Allah. sedih ya Allah. Mak tak cakap apa. and speechless.. 

aku n husband bergegas half day kerja dan kemas baju dan terus gerak jam 4pm. rezeki kami juga sebab Along disahkan bebas Covid sebab lebih 30 hari, dan boleh kebumikan di Tanah Perkuburan di Kampong. Jenazah Along sampai di kampong jam 10 malam. 

Pada 10 November 10am , Along selamat dikebumikan. Alhamdulilah syukur Ya Allah. 

hari ni, hampir sebulan Along meninggal dunia. sudah tenang disana. banyak kebaikan yang Along buat rupanya setelah dia pergi. dan ramai yang datang masa hari dikebumi itu. 

walaupun ramai yang datang rumah, tapi kami tiada covid. semua sihat. syukur Allah pelihara dan permudahkan urusan kami satu family. 

Allahuakbar ! 

 


Roshmiza Binti Ahmad
1966-2021 

26 Aug 2021

silence is the best therapy

hi mid of 2021 ! 

Dah lama tak blogging, since being a wife, dan lupa yang ada blogspot. hahaha
tapi I'm lucky tak lupa password.

sekarang aku cuma active blogspot lagi satu, more personal and privacy. 

argh by the way, alhamdulilah syukur nikmat Allah  walaupun kita hidup dalam komuniti yang semuanya tak selamat. which is, covid19 makin menganas. diharapkan my readers sentiasa sihat , dan kuat menghadapi dugaan. sentiasa berfikir positive.. kalau korang ada masalah atau kepayahan, remember someone out there yang mungkin lebih susah dari youall. just keep doing and work hard !

aku masih lagi tak lengkap dose, hanya 1 dose tu pun Sinovac. Moga kita semua terhindar segala penyakit dan virus ni. yang penting kitajagakita.VitC sangat penting, fish oil, and please please drink plenty of water. air kosong tu nampak je macam kosong, tapi dia adalah the powerful medicine yang boleh cure or rasa sakit tu kurang.

aku n husband alhamdulilah sihat. cuma husband makin busy dengan kerja. beliau dah naik pangkat dari engineer ke Production Manager. alhamdulilah syukur.. what else to say, Allah Maha Adil.

ini tahun ketiga kami bersama. banyak yang kami hadapi. syukur. yang baik kita kenang dan raikan dan  yang dugaan , kita anggap itu apa yang kita lalui sahaja. 

banyak lagi nak kongsi, oh maybe soon. :) 

take care everyone. besafe !


20 Nov 2019

18.08.18



Berlalu sudah setahun yang telah kami tempohi yang hanya sekali lafaz. Tidak dapat digambarkan perasaan. 

Pejam celik nak masuk 2020. Maka 2 tahun usia perkahwinan . 
Hanya dapat bersyukur atas pinjaman kebahagian ini.

12 Jan 2018

loyalty is expensive to who appreciate it




when I first committed to a long-distance relationship, I wasn’t sure what to expect. my boyfriend had gotten a job in Johor, and I was tied to my job as an auditor around KL.
Neither of us was in a position to move for the other.
i had to make the choice: break up or make it work long-distance.
Breaking up simply was not an option.
I got a lot of grief from my friends and family, they weren’t convinced I could follow through with a commitment of this magnitude.
“How will you make it work?” they asked. “Long-distance is impossible!” they declared. I knew in my heart, however, that no matter how physically distant I was from my boyfriend, our relationship would withstand the challenge.
I couldn’t let him go. I was so very in love. The thought of breaking up felt like my heart was being torn out of my chest, it left me devastated, short of breath. 
I had made my decision, I would not give him up and we would give this a chance.
And we did. Because love will always win.
No matter what opinions your loved ones force upon you, have the confidence in yourself that you can cope with the circumstances. You won’t give up because you can’t.
Yes, long-distance relationships are incredibly hard — seemingly impossible, even. You want to give up, but you don’t and you never will because it’s all so worth it. 



thanks for acong. you make me alive in love for you
Blowing In The Wind Pink And Green Flower