31 Mar 2026

SHR MY READERSSSS

 Selamat Hari Raya !! 

Bulan Feb - March , sebulan duduk kampung bagi ketenangan jiwa.. takda apa yang update best, just enjoying my single era.. hahah

And 26/3/2026 my birthday, happy lah sebab i never get the cake for my birthday during my marriage. My family semua wishes and celebrate..

Macam delulu, happy n freedom.. takda apa nak fikir.. just fikir masa depan je macam anxious sikit.. how to get through all of this.

Sebab bila dah tua ni. Commitment banyak betul nak fikir… loan, kerja, pay bils..

Yeah, nothing to update about.. BYEEE. 

Oh ya maybe i can tell you about my court case kan.. ok later lah

28 Feb 2026

Langkawi ketiga kali

 Selepas Mak meninggal 13/1/2026. Totally changed. Aku jadi kosong, bertambah kosongg dengan life aku yang lagi miserable ni. Then aku pula nak resigned, tapi aku masuk kerja semula next week after Mak dah takda.. Dato bagi chance untuk aku leave the company for the while. Sehingga aku betul2 dah okay. So end of Jan, aku dah start take notice CTG. 

aku pun start booked ticket flight to LGK which is benda ni tak plan pun. Malam tu lepak dengan abang.. aku cakap aku nak pergi somewhere, dia kata pergi mana… mungkin Langkawi kot sebab nak healing… hahha aku dah beli ticket tu sorang. Tapi abang aku cakap, bawa la anak buah sorang untuk teman.. aiyooo. Hahaha

So aku bawa anak buah aku, Humairah ke Langkawi. Naik Airasia returns, hotel and transport pun aku sponsored dia.. hehe asalkan happy kan..hotel tidur di Baron Hotel Cenang, kereta aku sewa 3h2m total cost rm90 tapi kena depo rm200. Hheehe.

Best la jejalan dengan Humaira, bawa pergi jejalan.. happy and free. Langkawi ni dah ke 3 kali pergi.. ofc LGK the best place untuk healing.. dan aku pernah pergi LGK dengan kawan-kawan dan dengan Ex. LOL.

Tapi yang paling aku ingat pergi dengan kawan-kawan sebab best, and happy jeh.. kalau time aku pergi dengan Ex husband aku sebijik macam barua, monyet.. kena maki je.. sial lah..penat lah kalau fikir traumatised ni.. aihh.

Anyway, kalau ada rezeki lagi maybe nak pergi dengan kakak pula.. 

LGK always have special place in my heart <3  

29 Jan 2026

my lovely ex buddy

Nothing update about life… sedih Mak meninggal tu masih ada , dan terasa lagi…tapi taknak lah sedih lelama , sebab Mak pun dah tenang dan bahagia disanakan… yang hidup ni yang kasihan , sebab nak kena hadapi liku-liku hidup yang entah apa akan jadi pada akan datang kan… 

Hidup aku tak okay, just rindu moment n stuck at age 22.. hmm , 2015 kan…regret what happened in my life.. tapi Allah kan Maha mengetahui segala apa yan berlaku kan… accept n tawakkul …

Earlier this year, my ex buddy viewed my whatsapp story… almost everyday told you…kenapa eh, kenapa before ni aku post dia takda pula nak tengok… kenapa dia masih saved number aku eh..apa dia nak eh… tapi dia dah nikah dah, aku taknak la text dia.. tak baik buat macam tu…dan dia ada ucap takziah atas kehilangan Mak bebaru ni… 

Tapi just nak cerita je la, aku rindu sebenarnya pada dia… since aku kenal dengan ex husband, dan aku kena maki n marah2 tu…buat aku triggered ke ex buddy aku ni…sebab dia sumpah baik… jaga aku, makan minum aku, ambil aku pergi kerja n balik..somehow dia weekend ajak aku keluar..tapi aku anggap dia kawan uni aku je, tapi dia suka aku… aku ni tu lah, hahaha bila depan mata tak dihargai… bila dah jadi macam ni baru nak terfikir…betul la, sebab dia pun tak pernah nak confess nak aku betul2.. so aku macam tu la anggap dia… 

Tapi lepas berpisah n dia hormat keputusan aku untuk dengan ex husband… kita dah lost contact, last jumpa dia ..masa dia datang rumah di KD, dia minta powerbank dia balik… jadah…hahahah padahal aku punya external hard disk pun pada dia..aku tak tuntut pun…hahaha

Sehingga la tahun 2026, dia datang… aku rindu gila dia, sebab layanan baik dia tu je….kalau ada chances, atau perkara buruk jadi pada dia… mungkin la mungkin , boleh tak aku nak dia balik? Hahahahha… 

Gurau je la, tapi why not kan…aku taknak la penyondol..aku nak tunggu jeee.. 

24 Jan 2026

13 January 2026, Mak Meninggal (blood cancer -end stage)

 Actually banyak benda nak ceritakan, January is full of surprise and tests by Allah.

1/1/26 : Kami balik Malaysia dari umrah.. 

7/1/26 : Mak kena kejarkan ke hospital sebab SPO mak tak dapat detect, naik ambulans dan bawa ke HKL..bukan PPUM sebab kan ambulan tak boleh bawa jauh dari tempat tinggalkan sebab radius..not sure about that… dan Mak kena admitted redzone di HKL selama 2 hari..masa day first tu mak was admitted, rush to hkl even that time aku MC sebab muntah dan lepas balik umrah tu, aku lembik demam… tengok Mak keadaan teruk juga sebab oxygen pakai tu yang lebih kuat. Dan mak tak buka mata pun tapi bergerak juga la tangan tu…we all adik beradik semua ada, dari jauh semua berkumpul. We thought that time its really the time Mak dah takda.. sebab yela, teruk kot… 

8/1/26 : aku pi kerja macam biasa tapi aku bawa semua baju2 aku ke office trx, dan nak stay over jaga mak..dah booked hotel w Ain, my sil… tapi sebab tak rasa sedap hati… esok tu 9/1/26 aku ambil cuti jaga mak.

9/1/26 : malam jam 12 macam tu, mak dah boleh transfer to ward biasa… aku jaga mak dari khamis sehingga sabtu. Jaga non stop… pagi jumaat tu, Dr Tan yang incas bahagian mak ni, explain keadaan mak ni bukan makin stable, tapi actually makin teruk.. dan mak rupanya masa di redzone , dah dua kali kena heart attack.. dan aku pula jaga mak time ni, Dr suruh aku explain ke family about the condition..aku nangis depan Dr, dan keadaan mak bukan biasa dan Dr juga bagi within seminggu if ubat tak jalan, mak still tak okay… so mak akan pergi buat selamanya, dan pihak hospt takkan buat apa2 lagi, even cpr or oxygen dan Dr juga explain, kalau nak mak hembuskan nafas tu, dimana ? Aku macam blur… aku kata hospt.. but then discuss w family thru phone, diorang kata bawa mak balik..sebab mak kata nak meninggal di kg masa mak sihat tu la… 

Hari tu , mak dah boleh makan, yela dua hari kan mak tak makan di redzone..mak lapar..mak minum kopi tinggal sikit je lagi tau..aku suap bubur pun banyak mak makan..alhamdulilah.. aku happy sebab dapat jaga mak non stop. Mak orang yang kuat, banyak kali kami jaga mak di hospt.. tak pernah rasa mak akan pergi tinggalkan kitaorang… tapi this time, memang mak pergi selamanya… 

10/1/26 : aku masih jaga mak, mak demam. Badan panas suhu 39.. mak takda selera makan… tak makan langsung… minum air sikit, dan tersedak… mak kena cucuk di dada (ubat tahan sakit - macam morphine kot) , leher mak pula (untuk jantung - control bp) dan tangan jangan cakap la,, merata dah kesan ccuk …dr pun explain mak punya badan dah fragile..so diorang takboleh buat apa dah…semua orang datang melawat mak..sebab mak kan orang baik.. semua orang sayang mak tau..

11/1/26 : kakak pula take over…tapi dapat juga jaga mak sehingga tengahari je…

12/1/26 : abang booked hotel area HKL, so kita semua bermalam di sana ahad tu lagi… aku pula terpaksa kena kerja di cyber bukan trx..so naik lrt… jam 2 macam tu dr kata nak jumpa waris mak… so kakak dah ambil cuti, take over dan kakak jumpa Dr…dalam jam 3 macam tu, kakak vc…

Yang dr nak lepaskan ubat dan oxygen mak sebab dia kata dah cuba within 1 week untuk sembuhkan mak … tapi mak takda feedback tu… dr bagi 24-72hr masa mak… aku balik kerja dalam jam 4, minta izin balik awal , terus aku ke HKL jumpa mak…cium mak bagai..minta maaf ke mak..dan ambulan akan bawa mak pulang ke kampung esok 13/1/26 jam 9 am.. so aku pun decide akan ke kampung before mak sampai… so lepas dari HKL, aku bergegas ke hotel ambil barang n kereta, terus shoot rumah puchong…. 

13/1/26 : jam 4 pagi, aku gerak ambil niece di Bukit Jalil, Ima di HKL dan nephew di AU3, dan ard 9 am aku dah sampai kampung…alhamdulilah…

So mak gerak dari 9 -12 pm sampai,, semua orang ramai berkumpul dekat mak..aku nampak payah mak nak tarik nafas, slow slow mulut mak… ya Allah tak kuat nya… oxygen pun mak makin rendah… so tepat jam 1:16 pm mak pergi tinggalkan kitaorang semua dalam keadaan semua anak beranak kita keliling mak… so niat mak nak meninggal di rumah dan di kampung nya termakbul..alhamdulilah…settle mandi dan kapan ke mak jam 3 …

Mak, sampai sekarang 24/1/26, kita orang masih taktahu macam mana nak move on…kita orang rasa kosong, orang macam taktahu nak pi mana lagi, kalau bukan selalu call mak dan pergi ke mak… orang dah takda sesiapa melainkan Allah dan keluarga… orang dah takda tujuan hidup lagi mak… 

Kita masih dapat rasa mak masih ada dengan kitaorang…tapi tu la,kita kena rehda apa yang berlaku..semuanya ada sebab… syukur juga mak dah tak sakit, kitaorang dah taknak tengok mak suffer..mak suffer dah lama since abah pergi tiinggalkan mak… syukur mak dah bahagia sekaran…

Orang sayang mak sesangat mak, terima kasih untuk yang 32 tahun ni bersama dengan orang ya Mak…

Kita akan berjumpa lagi di syurga, in shaa Allah… moga Mak Abah tenang disana, dilapangkan kubur mak dan abah…

Alfatihah kepada :-

Ahmad bin Talib - 6/1/2013

Rosmizan binti Md Ariffin - 13/1/2026 

Blowing In The Wind Pink And Green Flower