21 Aug 2025

Divorce - Part 2

Sambung part II… malam ni tak boleh tidur… tak cukup rest. Tadi drive kereta dari JB to KL for 2 interviews nak kena attend physically… before ni  airline je tapi disebabkan nak hantar sekali Coway ke Cafe my nephew… so took 4 hours to arrived. Alhamdulilah, now in Setia Alam… heheh tak boleh tidur , mari la kita blogging…

So ikutkan harini adalah hari yang 109…itsok , dont care anymore. 

Aku akan cerita kan hari yang dia bagi file cerai..

28 May 2025 : masa di office tu atas advice diri sendiri…aku call la Pejabat Agama Islam Negeri Johor eh… untuk set appointment untuk dapatkan khidmat nasihat dari mereka… ini adalah langkah yang aku taknak bercerai…aku nak berdamai dan aku nak start over again… aku sayangkan perkahwinan aku… maka aku call , dan register dapatkan date.. dan puan tu bagi 12 June 2025. Puan tu bagi thru email to aku n Farhan… so aku kan boleh tengok email Farhan.. aku tengok dia click read… alhamdulilah dalam hati aku… so aku fikir memang dia nak berdamai la tu kan…

29 May 2025 : even dia tak baca whatsapp aku call aku bagai…aku tetap pergi kerja hari2 aku akan text minta izin kan… so pada hari ni, aku text aku cakap aku pergi kerja , tapi office area sini je… nak tau tak apa jadi ? Aku balik tengahari tu tauu ke rumah, aku nampak ada envelope putih atas meja.. aku pelik la, envelope apa aku letak ni kan… so aku buka , shaking tangan aku… file cerai… file cerai tu rupanya dia dah register di Mahkamah Syariah JB pada 21 May 2025. Weh sedih nak mampos time tu, aku shaking call kakak aku…aku nangis macam orang gila… dan kau tau, aku pergi ke dapur ambil pisau letak pada tangan aku dah…aku nyaris nak buat…tapi bila aku fikir time tu, bila aku buat macam ni..untuk apa? Dia bukan kembali semula pada aku… even mati pun, dia tak akan ada hati perut nak kembali… aku cakap time tu kenapa aku nak kena suffer diri aku untuk kau? :) 

Allah jentik kan hati aku time tu sekelip mata…baik kan Allah ? Dia nak selamatkan aku dengan orang macam tu… alhamdulilah aku ingat apa aku buat tu adalah dosa besar… dan aku call semula kakaks aku.. dia minta aku ke Mahkamah Syariah esok untuk tanya kan surat ni macam mana…dengan detail la… samaada dia dah hantar ke rumah alamat kampung ke tak..sebab sekarang aku risau mak… mak taktahu pun kes ni…

30 May 2025 : jumaat tu aku terus ke Mahkamah Syariah.. biadap betul orang2 situ..aku jumpa ustaz zaki … which is ustaz tu adalah orang yang sign surat cerai tu… dia boleh jawab , bagus suami aku tu buat macam tu… aku pelik sikit la kan, sebab setahu aku Farhan ni bukan jenis suka ambil tahu general knowledge.. mahkamah itu ini pun dia taktahu…aku kan boleh check google dia..dia takda search pun pasal court ni… pun sama CHATGPT .dia lupa nak log out dalam ipad aku ni…takda pun dia search… so aku memang sure, mak ayah dia yang ajar ni… atau keturunan dia… its ok..dia nak  main api kan… aku syak masa aku pergi Kluang seminggu lepas 5 May tu kan, dia balik rumah…atau dia balik masa aku kerja … sebab aku nampak barang2 kotak bilik tu teralih…so aku tak syak la dia ambil apa…tapi lepas aku tengok file cerai tu..kau tau apa dia cari dalam kotak tu? Dia cari sijil nikah eh… sijil nikah dia n aku…tapi pandai pula dia cari eh..sebab segala documents kan hanya aku tau sebab aku yang mengemas… aihh Farhan Farhannn.. 

so dalam sebutan file cerai tu, tarikh bicara tu pada 16 June… dan masa tu juga aku call Pejabat Agama Johor.. kalau suami dah file cerai macam mana ya… dia kata auto terbatal… so khidmat nasihat tu memang tak sempat dan tak akan berlaku pada 12 June tu… dan next week tu, kes sebutan 16 June cerai tu tukar tarikh pula… so kena datang ke mahkamah pada 30 June 2025. 

Sakit hati dan aku pressure…dia mental torture aku sebab dia hanging aku… tanpa apa2 pun…dia ghosting aku..ibarat menguburkan diri sendiri… terbaik eh kau Farhan..bagus… kau tunggu la apa aku nak buat pada kau lepas ni…

30 June 2025 :  sehari dua hari sebelum ke court…dia ke Muar eh… wahh senyum bila aku tengok photo dia tu…maksudnya memang dia suka la…takda masalahkann… hahaha

So date cerai aku ni… kakyin, abg Usam and nephew  aku datang dari KL dan Fatin n suami dia datang dari Kluang untuk support aku… alhamdulilah thanks sessangat…

Bila hari yang aku datang mahkamah tu patutnya jam 10-12 pm kan… tapi gigil aku tengok dalam dewan bicara tu adalah Farhan n bapak dia…mak dia duduk bahagian perempuan… tapi moment time tu memang best… 


Nanti aku sambung cerita… penat hahahah



No comments:

Post a Comment

Blowing In The Wind Pink And Green Flower