15 Apr 2026

Masalah masalah

 Tak semua yang kita nak tu akan dapat. Ada yang kita benci, mungkin itu yang kita dapat. Apa yang kita tak suka, takkan dapat. Itu lah apa yang Allah dah nyatakan dalam Al Quran.

Bila malam macam ni, tiba terfikir. Apakah yang terjadi dalam hidup aku ini ada hikmah Allah nak bagi ? Apakah hikmah tu? apa aku boleh percaya sesuatu yang terjadi itu ada hikmah nya? Apakah takdir selepas kejadian yang menimpa aku ni? 

Adakah ini pengajaran Allah nak bagi pada aku? Adakah ini cara untuk dosa aku dihapuskan dengan memberi kesedihan, kesepian, kesakitan ?

Ya Allah, bukan aku tidak bersyukur..tetapi tunjukan apa yang kau ingin beri padaku.

10 tahun aku menjalani kehidupan sebagai isteri pada seseorang. Sekarang aku hidup sendirian, berdiri sendiri. Aku kena start dari bawah semula.. aku penat

Apa patut aku buat ya ? Ada commitment yang aku patut bayar.. serabut otak aku ya Allah…

tolong aku dalam kebuntuhan ya Allah

No comments:

Post a Comment

Blowing In The Wind Pink And Green Flower